11 April 2015

Resepi Spaghetti Arabiata,Pedas Gila.

Hye


Aku memang feberet arabiata ni,selalu makan bila p william ja..kalau p kedai hipster,aku suka try spagetti aglio olio ja. So far spaggetti aglio olio yang terbaik aku pernah makan adalah dekat O'oi Mansion,Ipoh.

Haritu masa p makan dekat Kulcats,saja teringin nak try spaghetti Arabiata. Tapi aku minta pasta,depa serve dengan pasta jenis penne.

Makan,rasa..hoi sedap dari william uoll.sumpah sedap gila. Pedas..pastu hotdog ayam yang depa guna tu ya tuhan,terasa2.. Memang sedap. Dan aku minta nk pedas gila.


Disebabkan xpuas makan,semalam aku masak,google resepi,rupanya senang ja..lebih kurang macam bolognese,cuma pedaskan n xletak daging banyak2..


Bahan yang diperlukan :-
Hotdog ayam
Daging kisar ramly
Cabai hidup
Bawang besar
Chili flakes
Serbuk Lada putih
Serbuk cajun(boleh ganti dengan lada hitam)
Oregano
Dry pasley

Garam
Gula

Tomato puree
Bolognese sos (tradisional flavour)

Pure olive oil (utk menumis)

Hotdog kalau dapat yang 100% ayam lagi sedap.
Kalau ada fresh tomato yang dicincang pun lagi best..


Rupa paras sos arabiata selepas siap.
Spaghetti rebus dulu la sampai masak elok.

Cara nak buat sos arabiata ni sama ja macam sos bolognese.

Panas minyak,tumis daging kisar ramly dengan bawang besar..tumis sampai daging cincang masak dan air daging tu kering sikit.

Masuk sosbolognese dengan tomato puree.
Kacau mesra,masuk serbuk cajun,serbuk lada,oregano,dry pasley dengan chili flakes.

Tambah sedikit air,masuk garam gula.
Dah agak nak mendidih,masuk hotdo dengan cabai hidup.

Kacau sampai hotdog masak dan rasa sos tu cun. Tutup api,siap!

Sos akan rasa masam-masam manis n pedas.
Adjust la ikut rasa sedap lidah kita.

Siap!time makan aku tambah meat bacon. Aku masak bagi dia jadi krup krap krup krap bila makan..
2x tambah..kelaut terus diet aku semalam hahaha..


Bye.
Selamat mencuba!

















For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com
Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016