17 April 2015

Resepi Sambal Kicap Ayam Simple.

Hye


Ayam sambal kicap atau ayam masak hitam.
Sama ja bagi aku.

Kadang aku ganti ayam tu dengan telur mata atau telur rebus.

Ni cara paling senang dan simple.xyah potong2 bawang ka apa..tumis2 bawang pun xyah..

Ni aku guna 5-6ketul ayam ja.
Cabai blend pun guna yang dah siap blend.

Ni resepi :
1senduk cabai blend(blend cabai kering 10-12bji+bawang besar 1labu+bawang putih 4ulas)
Setengah sudu besar serbuk kari daging
1batang serai(ketuk)
1inc halia(ketuk)
Daun kari
Tomato (sebelah,potong 4)
4beradik sup(bunga lawang,cengkih,etc)
Kicap manis cap kipas udang
Garam
Minyak masak setengah senduk
Ayam goreng/telur


Cara masak :-
Panas minyak,tumis cabai blend sampai naik bau,masuk serbuk kari,masuk terus tomato,api kena slow ja,tunggu sampai cabai blend n serbuk kari pecah minyak dan tomato lembut.




Pecah minyak,masuk daun kari,serai,4beradik sup.



Kacau mesra,masuk ayam goreng/telur
Gaul rata,masuk kicap,masuk air sikit
Masuk garam.

Gaul la sampai ayam/telur mesra elok dengan sambal..


Telur

Atau

Ayam.




Siap!


Serbuk kari tu,xyah bancuh air..terus ja masuk dalam cabai blend..nnt tomato yang kita masuk sama dengan serbuk kari tu y akan kluarkan air.


Lauk ni makan dengan nasi panas2,telur rebus..memang bertambah wei makan nasi.

Kalau ada acar timun bawang..lagi best..goreng papadom plak..

Selamat mencuba!!







For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com
Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016