27 April 2015

Resepi Kuey Teow Goreng Seminit. (Simple Dan Dijamin Sedap)

Hye

Koteaw goreng seminit ni maksud dia goreng sat ja..goreng sekejap sahaja..gittewwww..

Ni koteaw goreng paling simple sekali tapi sedap. Wahhhhh! Puji masakan sendiri kahkahkahkah..

Aku kalau masak apa yang bergoreng,aku suka makanan tu warna hitam.

Koteaw goreng ka..mee goreng ka..nasi goreng ka..aku suka warna hitam.

Baru feel. Gittewww..

~~~~~~

Resepi Kuey Teow Simple.


Bahan :
Setengah bungkus Kuey Teow
1senduk Cili blend
(10biji kering+1labu bawang besar+4biji bawang putih+udang kering sikit--blend)
Kicap manis cap kipas udang
Sos tomato
Tauge
Kucai
Kobis
Ayam
Garam

Cara masak :-
Panas minyak dalam 1/2 senduk.
Tumis cili blend sampai pecah minyak,masuk sos tomato dan kicap.
Gaul mesra,pastu isi ayam.

Tunggu ayam masak,masuk kobis. Gaul mesra.
Kemudian masuk kuey tow. Gaul sampai kuey teow mesra dengan sambal.

Agak kuey teow dah masak dan lembut elok masuk kucai,tauge dan garam.
Gaul sampai mesra.

Kalau tak cukup hitam,tambah kicap.

Siap!


** sepanjang proses masak,api sederhana besar. Bila dah masuk kuey teow boleh slow api.

Simple jewww... Aku masak seminit sebab laparudin,xboleh tahan dah. Hahaha..selamat cili blend sentiasa ada dalam peti ais.


Bye!



For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com
Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016