29 April 2015

Resepi Ayam Buluh.

Hye


Ayam buluh.

Aku tiru masakkan abe sebenarnya, Eli panggil ayam buluh,aku panggil sambal ayam goreng.

Saja cuba-cuba tiru masakkan abe tu..hewhewhew

Hidang ke Eli macamni ja..
Xada sayur pun,just ulam timun kosong ja.
Telur dadar.
2x dia tambah nasi.

Tak tau dia tambah sebab sedap or tambah sebab nak habiskan nasi.hehee..

Sebab ada yang tanya resepi,so aku share resepi.
Cara nak masak lebih kurang macam masak sambal biasa ja..tapi sebab nak feel macam makan masakan thai..kena la letak daun limau purut.

Bahan yang diperlukan :-
Cili blend
Sos tomato
Gula melaka
Bawang besar/bawang holland
Halia
Serai
Daun limau purut(racik halus)
Isi ayam

**isi ayam tu goreng dulu,gaul dengan garam n kunyit. Celup telur gulingkan dalam tepung gandum/tepung jagung,pastu goreng.**

Cara nak masak :-
Panas minyak,tumis bawang besar/bawang holand sekali dengan halia dan serai.

Agak dah naik bau dan layu,masuk cili blend sekali dengan gula melaka.

Api mesti slow.

Tunggu sampai cili pecah minyak.
Dah pecah minyak masuk sikit garam,sos tomato dan masukkan daun limau purut.

Masak sampai daun layu. Tutup api.Siap!!


Letak sambal dalam pinggan,pastu tabur la ayam goreng tu..

Aku saja rajin potong daun bawang n letak bawang goreng.

Kena makan panas-panas baru best.

Selamat menjami selera!



Tips : masak sambal,minyak mesti lebih supaya sambal pecah minyak elok. Api mesti slow sampai habis masak.

Aku suka tumis sambal sekali naik dengan gula melaka,sebab sambal xakan jadi pahit.

Selamat mencuba.

Bye!









For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com
Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016