15 April 2015

#Kebunpiyah : Kebun Kecil Aku,Jimat. #2

Hye

Dah nak masuk 2bulan++ juga aku bercucuk tanam dekat dalam pasu. Makin hari makin bertambah pokok.hehehe..

Syok duduk dekat kawasan taman kecik ala-ala kampung ni,rasa best.

Baru-baru ni aku ubah kedudukan pasu semua. Buang papan yang xguna. Cangkul rumput..dan pasang net hitam dekat pagar.

Aku plan nak ubah pasu dan susun semula.
Sebelum ni semua pasu aku letak sebelah kawasan pagar,lepas tu anak jiran aku suka kacau tanah dalam pasu n cabut daun kari segala. Meroyan gak la aku geram.

So memang dah niat nak pasang net hitam tu.
Ahad haritu,pinjam kereta SIL,p cari hardware.
Dapat la beli 5meter. Rm2.50 semeter.
Pastu belu cangkul hitam kecik tu Rm10 satu.
Sebelum ni dok guna cangkul jiran selang 2rumah. Ni dah beli,xpayah dah nak pinjam-pinjam.


Pagi Isnin tu awal gila aku bangun,Eli gelak ja sebab dia kata aku semangat.

Semangat la..potong nett hitam tu..pasang segala.
Mula nak pasang net tu dari ikut tinggi pagar,tapi Eli cakap nanti jiran sentap pula.

Malam sebelum pasang tu,aku dah pesan ke akak tu,kalau nak ambil daun kari ka hapa masuk ja melalui pagar depan. Jangan panggil-panggil takut aku tak dengar.

So harap dia xsentap la..walaupun haritu aku membara dekat anak dia hahahaha..

Aku semawa,sebab kalau nak makan sorang pun xhabis..so elok la kongsi bersama.

Siap pasamg net hitam.
Sebelum gunting n pasang net tu,aku cangkul dulu rumput..pastu rasa malas..tiggal buat keja lain..

Kecik gila kawasan aku dok buat kebun kecik ni.sekangkang semut ja.

Aku dok plan kawasan bertanah tu,aku nak letak bata so boleh letak pasu dekat situ..
Tapi tula..dok tangguh-tangguh.

Sambil ubah kedudukan pasu,belek-belek pokok..cakap2 sikit hahaha..
Saiko2..

Sejak aku ubah bendi ni ke tempat yang terima byk cahaya matahari,cepat gila besar.
Aku boleh kata hari-hari siram dengan air basuhan beras,air basuhan ikan..
Siram 2x sehari.

Besi hitam tengah antara pokok tu aku saja pacak.xtau apa motif aku pacak hahaha..nanti nak cabut blik sbb nampak macam sempit plak.

Settle rerumput semua.
Aku syukur sujud gak la sebab taman ni xda kucing datang berak dalam pasu ka hapa..semua kucing bertuan yang cerdik.

Orang bodo ja yang bela kucig biar kucingberak ke rumah jiran.puuihhh.

~~~~~~~~~

Kesum pun dah merimbun banding masa mula beli dulu..

Ni time baru beli n pindahkan dari polibag ke pasu. Sekejap ja dia tumbuh..laju juga..


Orang kata nak bagi merimbun kena rajin siram dengan air basuhan beras or air ikan.
So aku follow..aku siram sama dengan bendi tu..

Memang naik merimbun. Sebelum ni aku letak tempat redup..kira kesum ni dapat cahaya matahri dalam 4-5jam juga la..

Sekarang letak dekat tempat xredup..xtau ok ka x..kalau xok nanti kena ubah tempat redup balik.

Pokok cili yang aku ambil dekat rumah MIL dah aku kerat buang.
Kalau x ada 2pokok,dedua pokok jadi macam rosak daun dia..daun krekot n belalang dok mai makan..tumbuh pucuk baru ja,belalang makan..stress aku tgk..

Last aku potong.tinggal macamni ja..
Tu pun slow ya rabbi nk tumbuh pucuk baru..

Sayang gila rasa sbb MIL jaga elok. Masa aku ambil siap dah ada cili..


Try jaga balik tengok,harap kalau tumbuh daun lepas ni dah xkrekot la..


Baru aku tau, orang panggil pegaga ni ,pegaga jepun,biasanya guna utk jadikan hiasan...ntah la..aku pun xsure..
Kalau nak banding dengan pegaga kampung,memang sedap lagi pegaga kampung.
Pegaga ni pahit dia kuat sikit.

Ni pun bercambah banyak dh ni..harap dapat la penuh permukaan baldi bulat ni..

Pegaga ni pun aku kerap ubah,Eli kata aku macam mak kucing..sat2 ubah p situ..sat2 ubah p sini hehehe..

Sekarang aku letak dekat tempat yang kena direct cahaya matahari..xtau la betul ke x..sebab ada yang kata elok tempat redup..aku pun konpius..so aku hentam jala..nanti xpuas hati,aku ubah lagi..gittewwww..


Anak kangkung.
Dah makin naik,ni hari ke 5-6..
Mula aku tabur dalam bekas polistrin macam bekas bendi tu..pastu macam xpuas hati,esok tu aku tuang tanah yang ada biji benih tu dalam pasu lebih yang aku beli mula haritu..

Lepas tuang dalam pasu,rasa menyesal gila..takut xtumbuh..rasa macam nak tabur lain tau time tu..

Tapi xjadi..aku saja biar tengok..if xtumbuh memang aku nk tabur balik biji benih dia..
Sekali balik dari rumah SIL,tengok dah tumbuh..
Gilaaaaaa...syok ok.

Tanya En.Iskandar,dia kata dah boleh dedahkan kepada cahaya matahari.

Bayam aku slow gila tumbuh..baru kemarin aku dedahkan dekat direct cahaya matahari..patutnya masa daun dah naik 2 tu dh boleh ltk dkt cahaya matahari.

Now baru nak naik daun ke 4.


Yang hijau tu pula,kailan.
Kailan ni hari ke 5-6 juga..baru kemarin gak aku dedahkan dekat panas.



Aku bab time bila nak dedahkan anak pokok ke panas ni memang konpius,berhari2 wei aku google..last jumpa juga..

Legaaaa..
Jumpa akhirnya.
So lepas ni tau dah..kalau naik ja dua daun n terbuka elok,maka haruslah bagi duduk bawah cahaya matahari.

Boleh klik link ni untuk baca full entry dia..dia ajar step by step cara nak semai.
Untuk orang noob macam aku memang sesuai.


Hoi,panjang gila entry aku hahaha

Bye.














For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com
Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016