27 April 2015

#KebunPiyah : Kebun Kecil Aku, Jimat #3

Hye

Bertambah lagi koleksi kebun aku. Syoookkkkkkkkk!!!

Weekend haritu,heret Eli dengan Adelia p nursery dekat Banting ni. Aku dah jadi customer tetap cina tu dah hahaha.. Walau pun cina tu xramah sangat..tapi ok la sebab murah.


Hasil dari p nursery.
Total beli barang -barang ni Rm48.

Dapat la :-
6bag tanah campur Rm10
8bag tanah hitam Rm10
1bag tanah organik Rm12
Polibag saiz sederhana besar Rm3
Polibag saiz sederhana kecik Rm3
Baja pokok Rm3
Biji benih kobis Rm1
Biji benih bunga kobis Rm1
Sepokok limau nipis Rm5

Balik dengan hati gumbira hahahaha..


~~~~~~

Tanah ni siap baja dah.
Rm12

Tanah ni tanah campur..ada sabut kelapa sekali.
Kalau nak tanam kesum guna tanah ni cina tu kata elok,sebab tanah dia xjadi keras..n boleh simpan air.

Sebungkus seringgit.
Sesuai la nak cuba-cuba tanam.
Biji benih ada 10biji kot tiap bungkus.
Padan la dengan harga.

Saiz polibag ni rupanya banyak gila.
Ada yang sebesar-besar alam..
Ada yang kecik comel ja..

Rambang mata aku nak pilih hahaha..
Aku ambil saiz ni ja.

Dia kira timbang.
Rm3 = 200-300gram.

Dapat la yang saiz belah kiri tu 10pcs.
Yang kanan tu dapat 5pcs.

Tanah campur dengan tanah hitam saja ambil lebih, tumpang ada kereta..kalau x asyik dok delay ja nak ubah anak kailan.

Sepokok Rm5.
Ini ja pokok yang habis elok pun
Ada 2biji buah.

Dah ubah masuk polibag besar tu..
Nak bagi padat tanah memang makan modai gak la..hahaha

Ubah pastu terus letak baja.
Harap hidup subur la.
Amin.

Dekat sebulan dah ubah masuk pasu..ni kali ke-2 tumbuh tunas baru. Cuma pokok ja xbesar-besar.

Bila time-time pucuk baru macamni,memang kena jaga gila-gila. Lambat seminit habis..

Sama macam pokok kari ni..tengah tumbuh daun baru..pun kena sentiasa belek..

Telur rama-rama.
Dia memang suka la kalau ada daun baru.
10biji aku dapat letupkan.
Puas hati aku.

~~~~~~~~~

Sekarang still aku tengah tunggu bayam besar,tomato besar..terung besar..rasa lambat gila masa berjalan huhuhu..

Pokok kacang panjang renek pun dah nak keluar daun ke-3..cepat plak..kacang kelisa tanam haritu 5biji benih,naik 1ja..

Serius,kalau ada doremon kan best,boleh cepatkan masa hahaha..

Bubbbyeeeeeee...








Bubyeeee!













For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com
Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016