24 April 2015

#KebunPiyah : Benih Roselle,Pegaga Kampung,Kacang Kelisa Dan Kacang panjang Renek.

Hye

Baru-baru ni jiran selang sebuah rumah bagi biji benih free lepas aku bagi kucai dengan biji benih roselle.



Jiran bagi benih kacang panjang yang pokok bukan style menjalar dengan benih kacang kelisa a.k.a kacang botol.

Lupa dah aku apa nama jiran tu hahaha..dok panggil kak ja..dia bagi juga pokok pegaga kampung lepas aku kata,aku dok cari pegaga kampung.


Terus laju-laju aku tanam.
Harap hidup la..

Pegaga kampung ni bau pun sedap banding pegaga Jepun aku tanam sebelum ni..

Pegaga Jepun yang aku tanam,dah nk penuh bekas dah,tpi semalam aku cabut buang,sebab xboleh buat makan,nak bagi jiran,depa pun xmau..

Sebab memang pahit bila makan,depa dok kata buat perhiasan ja..

Aku cabut sekali akar-akar dia,terus ganti dengan pegaga kampung ni.


Benih-benih ni pun dah selamat aku semai dalam polibag. Terus semai dalam polibag sebab malas dah nak ubah-ubah.

Dapat-dapat biji benih,terus aku rendam dalam air suam..biar ja..esok pagi tu baru semai.

Masuk hari ke-3 dah tumbuh anak dia..
1polibag aku letak 2biji.

Ni aku snap time pagi,mai malam dah naik terpacak wei,cuma belum keluar daun ja. Laju betei.

Benih kacang kelisa tu,1polibag 3biji. Kacang kelisa ni nanti nak ubah masuk bekas cat yang pokok cili tu.

Pokok cili mak mentua ioll tu memang mati. Xada rezeki. Nanti nak tanam lain.

Kacang kelisa ja xnaik-naik lagi anak pokok,kena tunggu lagi..sebab dari pembacaan aku,anak benih dia makan masa juga dari 3-7hari.

~~~~~~

Ni benih roselle,kak deila bagi time dia datang rumah hantar Neem oil.

Neem oil tu aku cari dekat Econsave Banting nan ado,so kak deila tolong beli.

Terima kasih kak.


Kucai yang cepat betul naik,harvest harini,esok lusa dah panjang balik..memang galak gila tumbuh.

Aku kerat-kerat,ambil sikit untuk makan yang lain-lain sedekah ke jiran.

Jiran sebelah rumah aku ni xsuka tanam pokok sebab dia takut cacing..hahaha.. So bagi kucai ja..

Kakak yang selang serumah tu,memang suka tanam2 juga..aku share sikit benih roselle tu n kucai dengan dia.

Bagi juga kucai ke bini kawan Eli sikit,esok tu,bini kawan Eli balas balik dengan karipap n donut.

Hehehe.. Seronok wei..

~~~~~~

Pagi dengan Petang-petang memang hadap pokok jala..
Walau masih dok tunggu pokok lain keluarkan hasil.

Tapi rasa seronok,semangat gila kot.



Bye!














For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com
Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016