10 April 2015

#KebunPiyah : Baja Dari Kepala Ikan Dan Perut Ikan.

Hye

Sekarang kan aku boleh kata 2minggu sekali akan beli ikan ke Mekk-onn. Selalu aku buang ja perut dengan kepala. Sebab xguna pun..

Ntah bila,aku dok baca pasal pokok,pastu dok baca komen-komen otai-otai dekat group tanamsendiri dok share pasal baja asli dari dapur rumah..

Kebanyakkan guna air ikan.. Atau pun air blend kepala ikan dengan perut ikan. So aku tiru.kalau google pun akan jumpa tutorial buat baja dari kepala ikan.


Kepala semua masuk dalam blender,masuk sekali perut.

Masuk air paras-paras ikan. Blend hancur.
Aku guna blender bodo ja..
Jenuh blend sampai hancur berkali-kali.

Memang pekat uoll.
Aku guna 20biji kepala ikan dan 20pcs perut ikan.

Masuk dalam jug yang dah lama xguna.
Campur air bagi cair sikit..so dapat la banyak pokok ye dak..

aku tunggu petang,redup elok baru aku p tuang dekat pokok.

aku belasah ja tuang dekat pokok kari,pokok limau purut,pokok bendi,pokok kesum.


Hasil dari pembacaan aku dekat blog tanamsendiri.com,lepas siram pokok dengan air ikan yang berzat tu,kita kena tabur tanah atas tanah pokok yang kena siram tu.

So lalat xdatang,sebab tanah akan meneutralkan bau siraman ikan tu.

Yes,memang betoi..lalat xmau uoll.
Semua pokok yang aku siram air ikan aku akan letak la tanah yang ada.

Baru 2x aku guna baja perut ikan n kepala ikan ni.

Pokok cabai pun aku siram air ikan.n letak tanah baru..
Pokok cabai ni pun dah galak tumbuh daun baru.
Kalini xada lagi la gangguan belalang.
Harap berjaya membesar.

Amin.













For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com
Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016