8 April 2015

#KebunPiyah : 6Jenis Biji Benih Dari Blog Tanamsendiri.com

Hye

Serius,memang ketagih oi bercucuk tanam.hahaha..nak-nak pula bila tanam naik elok..memang ketagih la..


So aku beranikan diri nak tanam dari anak benih sama macam bendi yang aku tanam tu.


Aku pun PM encik Iskandar,sebelum ni aku ada cakap nak p terus ke semenyih ambl anak pokok..tapi xsempat..

Tu yang aku plan nak beli biji benih ja..pos..senang.

Unuk senarai biji benih,boleh refer dekat blog tanamsendiri.com dulu.

Encik iskandar ada buat set-set.
Tapi boleh juga beli satu-satu jenis.
Semua list biji benih aku memang refer dekat blog tanam sendiri.com

Aku pesan 6jenis.
Setiap pek Rm2.


Cas postage Rm10. Cas ni include dengan tenaga dan masa encik iskandar tau. Bukan semata2 cas untuk biji benih saja.

Total aku bayar Rm22 untuk 6jenis biji benih dan cas postage semua.

Dan encik iskandar ni sangat la xkerek,aku tanya sekali pasal pokok bendi aku..sebab nampak macam slow ja pertumbuhan dia..

Sepokok tu nampak macam nak mati ja..
Huhuhu


Makanya,petang tu aku ubah letak dekat tengah panas,bersama-sama dengan pokok kari semua.



Dah 4hari terdedah tengah panas,aku tengok daun baru pun tumbuh.pokok dedua jadi segar.

Lega.
Xsabar ni nak tunggu ada bendi


~~~~~~~~~~

 Dah sampai biji benih yang aku order.
Encik iskandar bagi free benih kailan.
So jadi banyak benih kailan aku.
Tapi berlainan jenis.

Terung panjang
Timun mini
Kailan
Salad lionhead(aku request nk salad y org mkn dengan laksa tu haha)
Kangkung
Kailan

Dan aku pun dah rendam biji benih,esok boleh start semai. Kali ni nak semai dalam poli bag dulu,pastu baru ubah ke pasu.

Sebelum ni aku semai dalam botol,malas plak nak kerat botol satu-satu hewhewhewhew.

Semoga hidup la semaian kali ni.amin.

Cara semai semua boleh refer dekat blog tanamsendiri.com juga,klik ja dekat list biji benih yang kita beli tu..ada siap dah cara nak semai dari A to Z.

Ok
Bye.












.For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com
Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016