4 April 2015

#KebunPiyah : Tambah Pokok Kesum,Pokok Cili,Bendi,Pak choy & Bayam.

Hye

Haritu dah share pasal pokok-pokok yang aku tanam..baru-baru ni aku ada beli tambah lagi pokok.hehehehe..



Beli pokok dengan pasu bunga 4ketul.
Murah rupanya pasu bunga dekat Banting ni.

Saiz yang aku ambil ni sebiji baru Rm4.50.
Saiz besar paling murah Rm7.00 ja.
Next time boleh beli pasu besar yang 7inggit tu plak.

Aku beli tanah campur 6bungkus Rm10.
Biasanya aku dok beli tanah dekat nursery sebelah Giant nilai..sebab situ murah juga.

Haritu beli tanah campur bapa kg ntah Rm3 ja..guni saiz sederhana kecik. Bagi aku murah la..

Kalau tanah hitam bakar tu selalu beli 7-8bag Rm10.

Aku teringin nak p sg buloh punya nursery..tapi Eli xmau bawa sebab dia cakap jauh..huhuhu


Dekat kedai yang sama,aku beli pokok daun kesum. Sepokok Rm2.00

Daun kesum ioll.
sebelum letak tanah,aku tutup 2lubang pasu.
Siram air memang banyak gila la..

Cina jual tu cakap xpayah biar air bertakung dalam pasu..cuma kna maksure tanah lembab..
Cuba la tanam.
So far alhamdulillah. Still hidup.


Ni pokok cabai melaka kot.. A.k.a cili padi..
Aku pun xtau..sebab xpernah tengok pokok cabai melaka hahaha..

Kiranya pokok cabai yang aku ambil dekat rumah MIL tu pokok cabai hidup la kan..sebab daun lain..

Ni pun Rm2.00 sepokok. Masa bawa balik tu banyak daun patah n buruk.

Aku potong buang. Ni tengok dah tumbuh tunas-tunas baru..

Lepas ubah dalam pasu,terus aku tabur baja buah sikit. Hahaha..

Sebelum ni aku letak baja dekat pokok seminggu sekali kadang 2minggu sekali..aku letak banyak gila kot..sekali haritu aku saja google pasal cara nak baja pokok,baru tau yang letak sikit ja baja..bukan mcm aku dok buh tu..

Ya tuhan..selamat xmampoih pokok-pokok aku.
Lega ioll.hahaha..


Pokok serai pun dah ubah masuk pasu.
Serai xpernah plak aku letak baja..
Ka kena letak baja?..
Xgoogle lagi pun pasal baja dekat pokok serai..
Harapnya makin hidup la serai aku tu.

Pokok kunyit aku berbunga.
Maybe sebab aku letak baja..
Tak pernah plak aku tau pokok kunyit boleh berbunga..noob gila..

Ada 3bunga. Ni pun aku baja seminggu or 2minggu sekali.

Baca dekat group tanaman tu ,depa kata bunga dia sedap kalau buat ulam. Jakun plak aku nak makan..so aku biar ja situ..

Mana daun yang macam kering,aku potong buang. Sebab sakit mata tengok hehehe




Naik juga pucuk baru..aku dok tunggu juga naik pucuk baru. Letak baja juga..baja untuk buah..

Aku beli satu jenis baja ja sebenarnya..baja buah xsilap..tpi semua pokok aku buh baja yang sama hahahaha..jimat.kakakaka

Pokok limau purut ni hari2 aku belek..sebab nak buang telur rama2..rama-rama dia suka letak telur dekat daun yang muda2..

Boleh kata hari-hari ada telur rama-rama.

Ni pun dok jadi tempat rama-rama bertelur.
Ni pun letak baja. Baja buah juga hahaha..sama mcm pokok lain.

Kalau tak susah kemain nak tumbuh pucuk baru.lepas sekali baja,terus hari2 naik pucuk baru. Syok aku tengok.

Kari ada 2pokok. Dedua tumbuh dengan cool.
Ingat nak ubah masuk pasu,tapi aku takut pokok mati.
Tapi kalau xubah,takut pokok xcukup zat..
Hoi dilemma..
Tunggu MIL turun kot,baru nak suruh ajar ubah pokok.

Sekarang biar dulu,pokok kari aku memang renek ja..xtinggi2..


Pegaga ni bukan pegaga kampung. Aku xtau mana nak cari pegaga kampung.

Pegaga pun dah 3x aku ambil untuk masak.
Dan bercambah hidup segar juga.lega sebab masa mula tanam tu,daun dia banyak jadi kuning.

Hari2 aku buang,sekarang pun dok buang juga daun yang kuning,tapi xbanyak la buang mcm mula-mula..

Dok ingat nak mati dah pokok ni..
Pokok ni pun aku buat pala buh baja juga..
Nampak la naik bunga dia..


Ni pokok bendi.
Aku tanam dari anak benih.
Aku suka beli pokok yang siap besar..aku cuma nk jaga ja..tapi sebab xjumpa nursery yang jual terpaksa la gamble tanam sendiri.

Hidup juga tanam. Dah dekat sebulan kot aku tanam kalau xsilap.lembab gak nak besar hahaha..

Tanam 12biji,tapi yang hidup 2biji ja anak benih.
Tupun satu tu macam dah nak mati ja..
ZzzzzZzzzz

Sebelum ni tanam dalam botol mineral ja..
Pastu aku ubah masuk dalam bekas ni.

Ni anak pokok bayam.
Baru tanam ja..
Haritu dah tanam..tapi sebab main tabur anak benih gitu ja..dia jdi macam mana ntah..
So aku tanam semula.
Harap membesar la..
Tapi ni bayam jenis apa aku xtau..hahaha
Bayam line2 pink kot..

Ni pak choy.
Aku tanam guna batang.
Mula aku rendam dalam air sehari,pastu terus letak dekat tanah.
Ni dah naik tinggi dari masa aku tanam haritu.
Nak tengok jadi ka x..

Haritu try tanam juga,tapi rendam dalam air semata-mata,naik pucuk mcm gambar tu juga tapi batang jadi lunyai..last aku buang ja..

Ni tengok jauh mana boleh hidup.

~~~~~~~~~~

Syok juga bcucuk tanam ni.jadi ketagih dah aku..
Haritu ada plan nak p semenyih dekat rumah en.iskandar,tapi xsempat lagi nak p..

Sebab plan nak beli pokok tomato..
En.iskandar tu kata dia boleh tolong semaikan..
Just balik jaga ja pokok tu..
Aku suka..sebab aku xpandai nak agak campuran tanah n baja..

Selama aku dok tanam ni,semua aku buat pala hahaha..
Selamat hidup.


Bye.





















For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com
Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016