10 March 2015

Resepi Simple Ayam Goreng KFC Untuk Kanak-Kanak

Hye


Ni resepi paling simple sekali aku guna untuk goreng ayam ala KFC. Resepi ni sesuai untuk kanak-kanak. Sebab Adelia suka makan.

Ni versi golek 2x dalam tepung dan 2x dalam telur. Goreng tepung ala kfc ni macam2 versi aku pnh buat.

Sedap makan saja cicah sos,sedap juga makan dengan nasi goreng, makan dengan nasi lemak,sambal kosong dan juga kangkung rebus macam entry ni (resepi nasi lemak,ayam goreng tepung dan kangkung rebus) .



Resepi ayam goreng KFC untuk kanak-kanak :-

Ayam
Telur
Tepung gandum
Serbuk kunyit
Garam


1. Gaul ayam dengan garam dan kunyit.
2. Golek ayam dalam telur.
3. Golek ayam dalam tepung gandum.
4. Golek ayam dalam telur semula. (Wajib ikut step ke 4 ni)
5. Golek ayam dalam tepung semula.

6. Panas minyak kaw-kaw.
7. Masukkan ayam bersalut tadi dalam minyak yang panas,terus slow api. Api kena tahap sederhana slow.

8. Goreng sampai kekuningan dan bunyi air ayam dah xada.

Siap.


Tips :-

Api memang kena slow time ayam dah masuk dalam kuali. Jgn api sederhana kuat sebab takut tepung ja y masak,ayam xmasak.

Api slow jangan slow sangat plak takut ayam makan minyak. Gittewww.

Nak tau ayam dah masak,biar keluar darah dari tulang dan bunyi air ayam keluar tu berkurangan.

Time salut ayam tu,panaskan api siap2..settle salut terus masuk dalam kuali panas tu. So tepung xla serap air ayam.

Kalau nak rasa spicy dan berempah, boleh masukkan serbuk cili atau gaul ayam dengan garam dan serbuk kari daging.


Selamat mencuba!




For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com
Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016