7 March 2015

Resepi Sambal Udang Dengan Daun Kunyit.

Hye

Minggu lepas Eli berniaga dekat Kuantan,nak xnak aku terpaksa tidur rumah SIL dekat Salak Tinggi.

Buka peti ais tengok ada udang. Udang galah kot tapi saiz kecik. Katanya officemate dia bagi. Aku dah terliur dah tengok. Hahahaha..

So esok tu,aku dengan rela hati nak masak. aku memang obses dengan udang dan ketam. Cuma ketam dah jarang makan sejak kes aku kena kencing kotor tu. Dan aku juga obses pada sambal tumis dan makanan -makanan pedas.


Sambal udang dengan daun kunyit. Jom cikidout resepi.

Cili kering (rendam air panas dan blend)
labu Bawang besar (blend)
Bawang putih (blend)
Ikan bilis (blend/tumbuk lumat)
Gula melaka
Garam
Asam keping
Daun kunyit (potong)
Udang
Minyak masak.

*kena agak la sendiri bahan banyak mana,aku jenis agak. SIL jenis dah blend siap2 cabai dgn bawang. Gula melaka aku letak dalam 1inci lebih sikit,ikan bilis aku letak dalam 1sudu besar,tumbuk lumat2 letak air sikit,asam letak sekeping ja*


Cara nak masak :-

Masak sambal,minyak kena banyak,api dari awal sampai akhir mesti api kecik.

Minyak dalam 1senduk+-..tumis cili blend,masuk sekali asam keping dengan gula melaka. Biar sampai gula larut dan cili pecah minyak.

Bila cili dah pecah minyak,masuk ikan bilis yang dicampur dengan air tu..tunggu sampai pecah minyak sekali lagi dan sambal mendidih.

Masuk garam,daun kunyit dan udang. Gaul mesra sampai udang masak. Siap!


Senang ja kan?.. aku sekarang memang masak sambal style ni..aku jenis tumis cili blend sekali dgn gula melaka dan asam keping. Xkisah la sambai apa sekali pun.. Memang mcmni la cara aku.


Eli pun suka sebab sambal aku jadi. Dekat 3tahun++ aku belajar masak sambal. Ni la sambal yang betul2 eli suka makan.

Itupun resepi aku dapat dari facebook,start dari tu memang ni la resepi aku guna kalau buat sambal tumis.

SIL pun makan cakap ok,lega i nok. Ketaq kot masak dekat orang. Aku sampai sekarang ketaq tiap kali masak dekat Eli.


So selamat mencuba!


For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com
Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016