11 March 2015

Resepi Nasi Daging Dan Air Asam Utara.

Hye


Menu harini. Sesaja rajin nak masak nasi daging. Dah lama juga aku xmakan nasi daging,last masak time dekat rumah lama.


So harini aku buat nasi daging,air asam,acar timun ja. Goreng papadom.


Nasi daging.
Daging rebus.
Papadom.
Acar timun.
Air asam.
Sup daging.


Resepi nasi daging aku guna resepi paling simple. Ala-ala macam nak buat gulai.

Resepi nasi daging :-

Daging
Beras
Serbuk kurma
Serbuk kari
Bawang putih*tumbuk lumat*
Bawang merah*tumbuk lumat*
Halia *tumbuk lumat*
Serai*ketuk*
Bawang merah*racik halus*
Bawang putih *racik halus*
Halia*racik halus*
4beradik sup
Air daging
Garam
Gula
Minyak masak
Minyak sapi



Cara nak masak :-

Rebus daging sampai empuk dan ketepikan.

Panaskan minyak masak dengan minyak sapi,tumis bahan yang diracik halus sekali dengan 4beradik sup. Tumis sampai naik bau dan garing.

Masuk rempah yang dibancuh dengan bahan yang ditumbuk lumat tadi.

Biar sampai rempah pecah minyak. Dah pecah minyak boleh masuk daging dan beras. Kacau hingga rata. Masuk air daging.

Masukkan dalam rice cooker,masak macam biasa.



Nasi yang dah siap masak.
~~~~~~~~~~~~~~


Kalau nasi daging,mesti sedap kalau lawan dengan air asam. Ye dak?..ni air asam versi mudah.



Resepi air asam :-

Cabai hidup merah
Cabai melaka
Air asam jawa
Limau nipis
Belacan
Bawang besar
Tomato
Gula
Garam


Cara nak buat air asam guna lesung batu :-

Tumbuk cabai hidup,cabai melaka sekali dengan belacan,garam dan gula. Tumbuk lumat.

Dah lumat,perah air asam jawa. Jangan cair sangat,jgn likat sangat.

Masukkan dalam mangkuk,masukkan tomato yang dipotong dadu dan bawang besar yang dipotong dadu.

Perah limau nipis sikit. Siap.


Kalau buat air asam guna blender :-

Masuk semua bahan kecuali air asam jawa,bawang besar dan limau nipis. Blend tanpa air,sebab tomato akan kluarkan air.

Dah siap blend,boleh masukkan dalam mangkuk. Masukkan bawang besar yang di potong dadu dgn tomato yang dipotong dadu. Perah limau nipis dan masukkan air asam jawa.

Siap!


 Acar timun ni lagi senang. Sagat timun nipis2,potong cabai hidup merah.

Masukkan dalam mangkuk,tuang cuka makan,gula dan garam. Gaul mesra. Masukkan dalam petiais sekejap.

Pastu boleh terus makan.



Daging rebus yang dimasak sekali dengan nasi. Nampak kering sikit. Sup daging yang xdimasukkan sekali nasi boleh guna sebagai sup.

Justcpanaskan,tambah garam dan letak daun sup dengan bawang goreng. Settle.



Aku masak xada sukatan. Masak ikut lidah dan agak sendiri. Gittewww..


So selamat mencuba!




For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com
Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016