12 March 2015

Resepi Daging Masak Lemak Cili Padi Dengan Pegaga Dan Daun Kunyit.

Hye

Harini aku masak Daging masak lemak cili api. Aku xpernah makan lagi daging masak lemak seumur hidup aku. Saja suka-suka nak masak sebab dah boring asyik guna ayam dengan ikan ja.

Pegaga pun ada sebab aku tanam haritu,so ambil sikit sebab xcambah banyak lagi..potong daun yang dah besar ja.. Daun kunyit pun tanam juga, ada daun muda..so aku potong selai.




Resepi :-

Pegaga
Daun kunyit
Daging (rebus empuk)
Santan kotak (cairkan dengan air rebusan daging)
Serbuk kunyit*
Asam jawa / asam keping
Cili padi 7biji*
Cili hidup merah 1biji*
Serai 1batang
Halia 1inci*
Bawang merah 5ulas*

*blend halus /tumbuk lumat.


Cara masak :-

1. Masukkan bahan yang dah blend dalam periuk,tambah sedikit air dan masak hingga mendidih. Api sederhana.

2. Bila bahan blend dah mendidih,masukkan daging rebus dan gaul mesra.

3. Kemudian,masukkan santan dan kacau slow2.

4. Masukkan garam gula dan asam keping/sedikit asam jawa.

5. Agak dah dekat nak mendidih,masukkan pegaga dan daun kunyit.

5. Mendidih,tutup api. Siap!


Siap!
Ubi kentang tu aku letak last minute.
Rebus asing pastu masukkan ja ubi dalam kuah.



Tips :-

1. Api kena sentiasa slow.
2. Kena sentiasa kacau kuah untuk elakkan santan pecah minyak.



Nasi panas-panas,letak kicap,ikan kerisi goreng garing2..kuah masak lemak taruh atas,daging,ubi,pegaga daun kunyit.

Fuuuhhhh! Tambah wooo makan nasi.hahaha



Selamat mencuba!




For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com
Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016