22 January 2015

Cukup Sebulan Adelia Stop Susu Formula. bye.

Hye


Dah genap sebulan Adelia stop susu formula. Alhamdulillah. Lega ya amat. Sebab sejak stop susu formula,memang Adelia selera nal makan real food. Tak macam dulu,jenuh paksa dia makan... sebab dulu sehari 6-7botol susu formula dia minum..


Mula macam nak give up juga ... lama-lama masuk minggu ke dua macam tu dia dah steady... Susu formula aku ganti dengan susu fresh milk..2minggu awal tu sekali kala dia minum dalam botol..time ni still sehari 1-2 botol susu formula.. masuk minggu ke 3 gitu,dia langsung xminum susu formula..terus aku ganti sepenuhnya dengan fresh milk..


Sehari fresh milk dia minum dalam 3oz ke 6oz macam tu... minum dalam kotak atau dalam gelas kecik.


Kalau dulu,time nak hangout ke mana-mana memang kena usung la bekas susu,botol dengan air panas,now lega..xpayah usung..HAHAHAHA... bagi fresh milk ja..


Selera makan memang A++++ walau ada hari dia macam memilih gila makanan...tapi still makan banyak.. dulu nasi cukup susah nak habis.. sekarang suap ikan dengan nasi..suap nasi dengan ayam..licin weii sepinggan..dalam 10-12 mulut tu sekali makan..banding masa dia minum susu formula..nak cecah 2mulut pun xmampu..

stress aku time tu...


Memang banyak la beza sebelum dan selepas ni... sekarang ni suap ja apa makanan pun meamng dia makan... cuma sayur tu agak memilih...kalau mai mood dia nak makan "pokok" baru dia makan... so far ikan ayam semua dia dah makan...sebelum ni dia cuma nak makan nasi dengan telur ja semata-mata..


Memang kena cekal la kalau nak anak stop susu formula...Susu fresh lagi bagus dari susu tepung...nak lagi bagus susu kambing fresh atau susu almond..


Rutinpun dah berubah,kalau masa dia minum susu formula..pagi2 pun aku kna bangun bancuh susu...walaupun siang tu dah 6-7botol dia minum..lapar la kan sbb solid food xmakan..

Sekarang,aku dah xpayah bangun tengah2 pagi buta dah..dia akan minum segelas kecik susu fresh..pastu tidor..nanti pukul 7pgi dia akn bangun minta air kosong.. Pkul 10-11 baru minum sus fresh plak..dia akan breakfast..pastu lunch..dinner...suka gillaaaa


settle dah 1part... lepas ni aku nk gigih ajar dia untuk stop hisap jari dengan potty train dia..harap mudah semuanya.





BYE




For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com
Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016