29 January 2015

9hari sebelum berumur 26tahun.

Hye

Lagi 9hari aku masuk 26tahun...uwaaaaaaa...dah nak tua..Lulz.


26tahun anak baru sorang. Masih satu-satunya bini kepada lelaki yang cool dan power.hehehe


Sat ja wei masa berlalu...rasa macam baru haritu kawen..baru haritu keluar berjimba2..


Anak pun dah nak masuk 3tahun,perancangan nak tambah anak masih belum ada.

Diusia 26tahun ni aku masih terkejar2 cari apa yang aku nak..apa yang aku nak buat.. Banyak perancangan dan idea..tapi terpaksa hold atas sebab tertentu sambil berdoa moga ada terselit rezeki untuk aku.


Sebelum ni aku ingat ada luck nak lebih berjaya dalam bisnes sendiri,tapi nampaknya xada luck untuk ke arah itu.


Dah nak masuk 26tahun aku xharap apa2 sambutan pun..kalau dulu aku memang suka kalau mak n ayah celebrate birthday aku...xbagi hadiah pun xapa..janji buat makan2 untuk aku ajak kawan2 datang rumah.


Dah nak masuk 26tahun ni daya ingatan aku masih kuat untuk ingat perkara2 yang menyedihkan sepanjang aku membesar. Perkara or benda2 yang gembira boleh kira dengan jari ..xbanyak yang aku ingat..aku banyak ingat benda2 sedih ja..xtau kenapa..


Dah nak masuk 26tahun ni pun aku still jad manusia yang tak berani ambil risiko. Tambah kalau benda2 yang akan melibatkan orang sekeliling..aku suka perasaan RASA SELAMAT.


Ramai dah kawan2 aku yang berjaya dalam bidang masing2 dekat umur2 macamni..ada yang jadi lawyer. Engineer..polis..cikgu...aku gak yang cekelat angin HAHAHAHAHAHA..itu la gatal lagi kawen awal..krikkk kriiikkk kriiikkk.


Ingat lagi dulu masa umur 20/21tahun..aku baget nak kawen umur 28 konon-kononnya..nak kejar apa yang aku suka dulu sebab aku xsuka nak bergantung pada orang..


Tup2 22 tahun dah kawen..baget semua kelautan dalam..lost terus.. Hahahahaha..


Seronok ja kawen awal..walau pun untuk 5tahun pertama ni aku dengan Eli kena struggle untuk stabilkan kehidupan.. Dan Eli kena pasang telinga dengar aku buat ayat frust kadang2 tu..

2tahun pertama aku dengan Eli memang enjoy gila.masuk tahun ke 3,now ke 4 mmg rasa la sakit sikit untuk stabilkan rumahtangga kami.


Banyak juga benda aku belajar dan banyak lagi yang aku kena belajar.. Aku ni boleh dikatakan beruntung gak dapat Eli jadi suami..kalau laki lain mampus dh aku jadi janda HAHAHAHAHAHA

Aku tak tau diumur mana aku akan jadi lebih cool dan penyabar. Tiap kali call ayah ,ayh xpenah lupa pesan suruh aku sabar..jangan asyik ikut kepala sendiri..hehehe..


Aku dengan Eli banyak berangan macam2,Eli suka share angan-angan dia ke aku..kadang aku rasa macam tak tercapai..tapi Eli ada ja angan2 untuk kami dua...aku harap allah lapangkan dan murahkan rezeki ke Eli..

26tahun ni aku harap aku dapat jadi isteri yang cool dan power juga... Boleh jdi pendengar yang setia pada Eli dan Adelia.

Umur2 cengini aku rasa dah sesuai kot aku lowkan ego aku dan hambakan diri pada suami dan anak.


Dah sampai masa aku belajar jadi wanita yang segalanya untuk suami dan anak. Wlau masih ada rasa takut Eli buat taik dikemudian hari...

Tapi apa salahnya gamble cuba nasib,ye dak?..semoga segala pendamping jin aprit yang tak aku jemput tapi ada dengan aku cepat2 berambus.. Aku dah xnak asyik rasa nak marah sentiasa..aku nak jadi wanita yang power untuk suami dan anak aku.

Selamat datang umur baru.
Semoga kita seiring bersama.
Bye.


For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com
Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016