26 December 2014

1Minggu Sebelum 2015.

Hye,




Insyallah Jumaat ni aku dah pindah rumah. Kali ni pindah ke Banting. Walaupun xada covarage Unifi dan xada kekosongan untuk Streamyx, aku redha. HAHAHA.


Dah rasa macam pindah masuk gua plak.. Hari Rabu ritu,aku dah p apply streamyx walaupun depa xconfirm akan ada port kosong atau tak untuk aku masuk. Hope ada la.. kalau x,memang terpaksa la ambil internet YES.



Kalini pindah rumah dengan sewa cuma RM380. Alhamdulillah. 



~~~~~~~~~~~~~

Lagi seminggu nak masuk 2015. Banyak perancangan yang aku dengan Eli nak buat dan plan. Harap tahun 2015 ni lebih baiklah dari tahun 2014. Tahun 2014 memang tahun yang xada luck. hewhewhewhew



Tahun ni,memang tak ada plan berjalan ke mana-mana, makanya untuk tahun 2015 ni aku harap ada la rezeki nak jalan-jalan ke negara orang atau jalan-jalan dalam Malaysia.


Yang penting nak settle hutang-hutang yang ada dulu. Nak settle apa yang lebih penting. 



~~~~~~~~~~~~~~~



Untuk tahun 2015,still xada perancangan nak menambah ahli keluarga. Nak maintain bela Adelia dulu. Harap dekat rumah baru nanti lebih selesa dan berjaya la nak adakan bilik untuk dia. Nak relax-relax dating bertiga,enjoy bertiga dulu. Hora-hora bertiga. 


Banyak juga plan yang aku nak buat untuk Adelia.. nak start homescooling dia.. Rumah sekarang ni,bilik Adelia dekat tingkat atas, spoil sikit sebab bila tengahari tingkat atas tu dia jadi bahang gila.. kesian plak aku nak biar dia lama2 dalam bilik tu.. So terbengkalai semua projek untuk bilik dia..


Walau dah siap car,siap lekat segala wallpaper... tapi jadi bilik store untuk simpan barang dia ja..



~~~~~~~~~~~~~~~


Tak banyak sangat yang aku harapkan untuk tahun 2015 ni. Semoga tahun 2015 jadi tahun yang lebih baik untuk keluarga aku dan seluruh rakyat Malaysia. Semoga kita semua tabah dengan apa yang akan terjadi.




bye.

















































 For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com
Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016