19 November 2014

Resepi Mudah : Kuey Teow(koteaw) Sup,Sambal Kicap & Bergedil. #piyahmasak

assalamualaikum..



Ni menu semalam.
koteaw sup dengan bergedil +ayam carik.


aku share resepi juga..ni aku masak untuk 2orang makan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~

Resepi Sup :-
(2orang makan)

3inci halia*
2batang serai*
6ulas bawang merah*
4ulas bawang putih*
4beradik sup.
2sudu serbuk kurma
1sudu kecil serbuk jintan manis & jintan putih
1sudu kecil serbuk black pepper
1sudu kecil serbuk ketumbar/ketumbar yang kita tumbuk halus
daun sup dengan akar-akar sekali.
gula 
garam
5ketul ayam bahagian isi.


*Blend halus.



cara masak :-

Tumis bahan blend sekali dengan 4beradik sup,pecah minyak masuk semua serbuk2 tu,tumis sampai pecah minyak dengan api yang slow.
masuk ayam.
agak ayam dah separuh nak masak,masuk air.
biar sampai sup mendidih dan ayam betul-betul masak.
masuk daun sup ,
pastu masuk gula garam.

SIAP!


**ayam tu nanti angkat dan sejukkan**

*kalau nak letak pak aji or kiub ayam,gula garam tu xletak pun xapa..*

~~~~~~~~~~~~

Cara buat ayam carik:-

Ayam yang dah diangkat tu,goreng dulu untuk elakkan dia dari berlendir..
pas goreng baru carik-carik isi dia..
confirm ayam tu xakan berlendir walaupun biar lama -lama.


~~~~~~~~~~~~~~


Resepi Bergedil Mudah :-
(2orang makan)

3biji Ubi kentang sederhana besar
*3biji bawang merah
*2biji bawang putih
*1sudu kecil udang kering
*sedikit cabai hidup merah/cili merah
daun bawang
gula
garam
telur 2biji

cara masak :-

ubi kentang tu potong-potong dan goreng.
goreng sampai masak,angkat dan ketepikan.



Semua bahan yang bertanda * di goreng sampai layu dan angkat.Pastu tumbuk lumat.


masuk dalam 1bekas,satukan semua sekali.
pastu gaul sampai mesra.




siap!!!
buat bulat-bulat gitu..
pastu simpan dalam peti ais selama yang boleh untuk elakkan dia pecah time goreng.


nanti time nak goreng,keluarkan dan penyetkan dia..
telur tu pukul sikit macam nak buat telur dadar n masukkan bergedil
dan goreng dalam minyak yang panas dan api sederhana.



siap!!


**kalau nak rebus pun boleh,tp aku xpandai agak ubi tu masak kalau rebus,kalau terlalu masak nnt time goreng akan berkecai**

** minyak kena betul-betul panas masa goreng,dan api jgn terlalu kuat or terlalu slow sebab takut makan minyak.**



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Resepi Sambal Hitam :-
(2orang makan)
*7ulas bawang putih
*15biji cabai melaka hijau/cili padi hijau
*sedikit ikan bilis
sedikit cuka
1sudu kecil gula
kicap manis
limau nipis

goreng bahan yang bertanda * sampai layu 

masuk dalam blender semua sekali bahan termasuk bahan * yang dah di goreng,blend halus.
perah limau nipis.

siap!


** ikan bilis tu dalam 8-10ekor ja dah cukup.**
**cuka dalam setengah sudu kecil pun dah ok**


~~~~~~~~~~~~~




selamat mencuba.

Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016