27 October 2014

Resepi Laksa Menggunakan Sardin Dalam Tin. Sedap Dan Mudah.

assalamualaikum..



laksa paling mudah n gerenti sedap.



resepi sama ja macam laksa guna ikan fresh,selalu ganti ikan sardin ni resepi orang cina.
dulu dekat sungai petani,belakang cs,ada satu laki bini yang jual laksa guna sardin tin,memang thorbbbaiiikkkk laksa dia..


so haritu aku teringin,maka aku buat.
beli sardin,beli bahan laksa..laksa ni sedap kalau makan dengan nenas.



resepi :

laksa
1tin besar sardin
cabai blend 1senduk besar
asam keping 3-4keping
bawang holland 1biji
bawang kecik 3-4biji
bunga kantan
daun kesum

bahan rinjis atas laksa
bwg besar
cabai melaka
nenas
timun
telur rebus.



video cara buat kuah laksa --boleh klik sini.


cara buat kuah :
blend bawang holand+bawang kecik sekali dengan 2ekor ikan sardin n kuah sardin--masuk air sikit.
1ekor lagi tu ramas kasar ja.

lepas dah blend,masuk dalam periuk,masuk asam keping,cabai blend,isi ikan yang dah di ramas kasar dan 1mangkuk air.
rebus naik sampai mendidih.

dah mendidih masuk daun kesum,bunga kantan dan garam gua.
siap!


~~~~~~~~~~~~~~~~

senangkan.
hehehe


selamat mencuba!

Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016