7 September 2014

Senarai makanan yang terbaik untuk perkembangan otak anak.

assalamualaikum..



aku sekarang dalam fasa anak tak nak makan.
Adelia sangat memilih makanan. sayur memang kelaut..
tapi alhamdulillah dia xada sembelit .
cuma dia xnak makan nasi n sayur sahaja.




so aku google,terjumpa info pasal makanan yang bagus untuk otak anak.
so aku share sini..
harap berguna.

aku bagi dia makan juga makanan yang tersenarai ni..
macam telur,pisang,ayam,kekacang dia suka..
hari2 repeat benda yang di suka jala..


~~~~~~~~~~


1. Minyak ikan / omega 3

Beberapa jenis asid lemak tidak dihasilkan di dalam tubuh dan harus diperolehi dari makanan. Lemak menjadi komponen utama otak. Perlu diketahui, sebahagian besar otak terdiri daripada asid lemak yang berperanan penting dalam fungsi sel-sel otak. 


macam aku ,omega 3 aku bagi dekat adelia guna olive oil pure,bukan virgin.olive oil pure ni hanya boleh guna untuk mengoreng dan menumis. kalau nak letak direct dalam makanan,kena ambil extrak virgin.. setiap dalam masakan untuk adelia aku guna. 


ni aku list senarai makanan yang kaya dengan omega 3:-

1. avocado (makanan yang bagus untuk intro pada anak masa umur 6m)
2. Minyak zaitun
3. Ikan Tuna
4. Biji rami
5. Biji chia
6. Ikan Salmon
7. Minyak ikan cod
8. Kacang kenari (kacang yang macam otak tu..)
9. soya/kacang kedelai
10. Telur

11. Couliflower
12. Bayam
13. Belut
14. Ikan keli.



2. Telur

Telur kaya akan protein, vitamin A (untuk penglihatan), vitamin D (untuk pertumbuhan tulang), vitamin E (untuk mencegah penyakit), dan vitamin B12 (untuk membentuk sel darah merah). Kuning telur mengandungi lecithin yang dianggap penting sebagai makanan otak, yang bersifat baik untuk daya ingat dan konsentrasi kerana mengandung zat besi yang penting bagi fungsi otak.


3. Buah kiwi

Buah kiwi mengandungi vitamin C dua kali ganda berbanding buah oren dan sebiji kiwi akan memberikan keperluan vitamin C harian bagi orang dewasa. Vitamin C penting untuk menyerap zat besi daripada dalam makanan. Kerana vitamin C tidak boleh disimpan dalam tubuh, maka anak-anak perlu mengambil makanan yang kaya akan vitamin C untuk memenuhi keperluannya sehari-hari.


4. Buah pisang

Pisang adalah sumber karbohidrat dengan kandungan tenaga yang baik. Memakan sebiji pisang akan membantu anak menjaga tahap tenaga dan tumpuannya sepanjang hari.


5. Buah-buahan kering

Cubalah untuk mengenalkan buah-buahan kering pada anak-anak, sebagai puding atau snack ditengah hari. Buah-buahan yang kering sangat kaya akan zat besi dan juga sumber tenaga.


7. Keju

Keju adalah makanan yang kaya akan zat pemakanan, protein, dan kalsium yang bersifat baik untuk kesihatan tulang dan gigi. Keju juga bersifat baik untuk gigi anak kerana dapat membantu meneutralkan asid penyebab kerosakan gigi.






p/s : boleh share link tanpa minta izin.



sumber : random google.

Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016