26 May 2014

Resepi mee goreng yang simple dan sedap.

assalamualaikum..

Resepi yang perlukan 10-15min sahaja.
Result dia : sedap dan orang makan tambah.wahhh gittewww!

Resepi mee untuk 2orang makan.


Bahan yang perlu ada.
Mee kuning(basuh bersih dan toskan)
Cabai kering blend(4tangkai cili kering+2ulas bawang putih+1ulas bawang merah)
Daging(hiris nipis nipis)
Fishball(tak letak pun xapa)
Sayur sawi

Bahan perasa :
Kicap manis cap kipas udang
Sos ikan
Sos tiram
Sos cili
Sos tomato
Garam


Cara masak :-

Panas minyak 2sudu besar,tumis bahan blend.tunggu sampai pecah minyak masuk daging.masuk sedikit air.

Tunggu kering sikit,masuk kicap,sos ikan,sos cili,sos tiram,sos tomato.kacau sampai mesra,masuk mee kuning.

Kacau sampai agak kering,masuk sayur sawi. Kalau kurang garam,perasakan dengan garam.

Gaul mesra,tutup api.

SIAP!


Dah xyah nak letak pak aji,sebab bahan perasa tu pun dah buat mee jadi sedap.


Goreng plak telur mata kebau..perh!bertambah makan..


Bye.


Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016