19 May 2014

Nogori Delight, masakan kampung n9.

assalamualaikum..


Haritu lunch dekat Nogori Delight,masakan kampung n9, kedai dia dekat depan kedia secret recipe,kuarters KLIA.

Makanan dia memang nogori punya style. Masak lemak cili api dan tempoyak..banyak la menu...sepinggan lauk harga RM7 gitu... Macamikan harga ikut pasaran.


Masak lemak cili api udang.
Rm7 sepinggan.
Dapat 6-7ekor udang fresh.
Dalam kuah masak lemak ni,dia bubuh daun pegaga.
Dengan daun2 licin aku sapu



Eli order ayam masak lemak cili api tempoyak.
Ada daun pegaga juga..
Eli xmakan daun pegaga..maka bini dia la sapu bersih.


Pastu kami ada order ulam dengan kangkung goreng belacan.

Kangkung sepinggan RM4,boleh 2orang makan.

Ulam xtau harga..sambal belacan dia meletoop!!..dalam pinggan ulam tu ada timun,kacang kelisa,sambal belacan dan juga ikan bulu masin.


Masak lemak cili api dia memang boom boom boom meletop!!!sumpah wei.sedap nak mampoih..pekat..pedas kaw kaw kaw!
Berbaloi bayaq ...memang puaih hati gila.


Pastu rezeki,boss kedai bagi 2keping telur dadar...pun licin kami sapu..

Total RM24.50 termasuk air teh o ais limau dgn sirap ais selasih.


Insyalalh lepas ni nk p makan lagi...nak try masakan asam pedas dengan sambal dia pula..


Kedai bersih..
Xda lalat langsung walau ada pinggan customer lain y masih belum angkat.

Kalau nak lunch kena p awal..
Kalau p lambat mcm kami dalam pukul 2ptg,daging salai semua dah licin..


Kedai ni buka siang ja.
Sebab brader tu kata ,xckup stafg nak buka sampai malam..


Servis makanan,terbaik..sekejap ja..staff kedai pun friendly..


So pada y nak cuba..p la..tobat sedap dan berbaloi..

Selamat mencuba!

Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016