15 May 2014

Ikat perut suami dengan aneka makanan.


assalamualaikum..


Perh!tajuk entry..hahahahha


dah lama xshare gambar makanan yang aku masak.
now nak lungguk sekali banyak..

ready..
1
2
3..





1. Nasi ayam

nasi ayam memang feberet aku la..
dan eli pun suka ..bertambah-tambah dia makan kalau buat nasi ayam.

kalau dulu terkemut-kemut masak nasi ayam..now,dah terer..hihihihi
nasi ayam,kalau rajin,aku buat sekali toge masak sos tiram..
kadang makan dgn sawi cina tu..kobis potong nipis-nipis..
perh!rangup oi..



resepi : nasi ayam safiyyah osman.


Ayam perapan untuk sup.
perap ayam dengan bahan blend(bawang besar,bawang merah,bawang putih,halia,serai).
perap lagi lama lagi sedap.


Sup Ayam.
panaskan air dalam periuk,biar sampai mendidih,masuk ayam perapan sekali dengan bahan blend.(bahan blend perapan tu simpan sikit untuk masak dengan nasi.)
biar sampai ayam dah betul-betul masak.
angkat ayam(ketepikan,masukkan kuah sup dalam 1senduk-2senduk).

Sup yang dah kosong tu,uoll masukkan kiub ayam,daun sup.
kalau xcukup rasa gula garam,boleh tambah.
settle.


Ayam perapan kuah kicap.
perap ayam yang berkuah sup tu dengan sos tiram,kicap cair kipas udang manis,kicap pekat.
perap selama yang boleh.


Nasi ayam kuning.
Satukan beras,bahan blend dengan serbuk kunyit dalam rice cooker,masuk sup ayam dan masak macam biasa. kalau ada daun pandan,masuk daun pandan sekali.settle.


Kuah sambal.
tomato,cili padi merah(cili siam),cili hijau,bawang putih,sos cili,sos tomato,cuka.(Blend tanpa masukkan air.)
masak atas api paling slow sampai kuah pekat.

cuka letak 1sudu kalau buat sikit.
bawang putih,lebihkan kalau nak lagi sedap,tapi jangan terlalu banyak pulak.
sos cili dalam 2-3sudu besar.
sos tomato 1-2 sudu besar.
tomato dalam 1-2biji
cili ikut suka nak banyak mana.cili siam tu,kalau terlalu banyak nanti jadi pijar sangat.
agak-agak la sendiri.


Ayam.
ayam yang dah diperap,asingkan dengan kuah.
goreng atau bakar,ikut suka.


Kuah kicap.
Kuah kicap yang perap ayam tu,masak atas api paling slow.
masak sampai agak-agak pekat sikit.
siap.

makan!!!





 2. Daging masak rempah kerutub.

asalnya nak msak kerutub,tapi bahan tak cukup..pastu macam tak jadi..terus tukar..
hahahah

dah lupa macamana resepi dia..sedap belasah ja..
hahahahah

licin gak eli makan.




3.Daging goreng kicap

ni pejam mata pun boleh buat.
tapi aku biasanya kalau daging,aku suka tumis dengan rempah daging sikit.
letak bawang banyak-banyak..
auwwwwwmmm!





4. Ikan bakar,kangkung goreng ikan bilis,cabai kicap bawang.

makan dengan nasi panas-panas..
perh!perh!perh!



guna pemangang ajaib ja.


ikan aku perap dengan
cabai kering
serbuk kunyit
serai
halia
serbuk jintan manis
garam
gula

bakar!
siap.




5. Mee Jawa.

mee jawa.
mee jawa ni dia lebih kurang mee rebus..
tapi dia banyak guna udang kering..
rasa memang lain sikit la dari mee rebus.
resepi google.



selamat jadi,walau baru 1st time buat.
resepi aku ikut resepi ni..


tapi aku ada derhaka resepi la..
hehehe

aku guna carrot dengan ubi kentang..tak guna keledek.
try la..confirm best!




6.Mee celup.

bahan mee celup
toge celur
kangkung celur
perut dan daging lembu hiris nipis
kacang tanah tumbuk
limau
lobak asin
daun sup daun bawang
lada putih
chili flake



mee celup sebelum diletak kuah.


tadaaaaa!

aku makan 3mangkuk hahahahha
puas hati aku.


resepi google
aku ikut resepi ni..


sumpah sedap!
masam-masam,masin-masin.




7. Bihun soto.

soto yang kali ke 144565656554442
hehehe


auwwwwwmmmmm!




itu saja.
now eli saiz seluaq dah xmuat ..
hahahaha



resepi-resepi ni ada aku share video dekat instagram.
^____^

#safiyyahosmanmasak



bye.








Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016