20 May 2014

Homeschooling Tips : Ajar anak ABC 123 menggunakan mainan dan ipad/video di youtube.

assalamualaikum..



alhamdulillah Adelia dah kenal ABC-Z,123-10...abc tu huruf besar huruf kecik dia kenal.


Adelia dia xsuka flash card..dia suka gedik2 punya video.hahahaha.  tips y aku pratikkan macam dekat bawah.


Orang kata ipad banyak buruk...tapi bagi aku,kita kena handle..kena pandai..


Dalam ipad adelia memang xda sebarang games. Aku xajar dia main games..kalau aku main games pun,aku xtunjuk dekat dia..


Nak main games,hanya boleh main mainan sahaja..xboleh guna ipad. No no no.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Tips 1 : Ulang video yang sama & Join dengan anak.

screencap dekat atas tu,adalah video pertama yang aku guna untuk ajar Adelia ABC.
huruf kecik ,huruf besar ada sekali.

masa mula dia tengok video ni,umur dia dalam 1tahun 9buln macam tu..tiap-tiap pagi aku akan buka.
video ni aku download buka dekat tv.

tiap pagi,lepas bangun tidur,mandi dan makan..aku akan buka video ni dekat adelia dan aku akan join sama dengan dia.

Adelia dia tak suka aku ajar dia guna cara skema or flash card. Dia suka gedik2 punya style.hahaha
suka ada music,suka tengok warna yang terang dan bergerak.

sehari video dekat atas ni aku ulang dekat 50kali.hahahaha
Adelia suka. sesi pagi aku buka dan nyanyi sama-sama dengan dia sampai dia sendiri boring.
selalu 1sesi dalam 25-30minit.
bila dia boring,dia akan blah..dia akan sambung main mainan dia..


waktu petang,kadang aku buka..kadang malam baru buka balik video ni..
sekali dengan apak dia join kalau malam..

lama-lama dia dah pandai.
tapi still aku akan join dengan dia everytime video ni aku buka.


sebulan asyik menghadap video ni,alhamdulillah..xsampai umur 2tahun lagi..dia dah kenal huruf ABC kecil &besar.




Tips 2 : tukar video,cari video A= Apple,pionic song.


Adelia tau A for apple,A for Ant...etc .video mcmni akan buat dia fikir dan lebih kenal ABC.
Dulu aku yang pilihkan video untuk dia,now dia dah pandai pilih video ABC apa yang dia nak tengok.


Dia dah xminat nak tgk ABC song saja..sekarang dia lebih minat nak tengok video yang A is for Apple & pionic song ABC Dia sendiri akan klik banyak versi.
Dari situ juga dia belajar pasal nama-nama benda sekeliling.

untuk video pionic song,dia banyak layan dekat ipad sendiri,aku join dia layan video ni dalam 15min pertama gitu ja..




Tip 3 : Menulis ABC dan minta anak teka.



step ni biasanya aku buat belah malam.
kalau malam dan petang,aku xbagi dia sentuh ipad..aku akan tulis dekat kertas macam gini..
dia akan teka dan baca.

sesi ni biasanya 5min-10min ja.
sebab dia memang tak boleh fokus lama if ajar cara skema.




tips 4 : Beli alphabet letter untuk asah skill anak.


aku memang standby huruf-huruf ni,
selain dari tengok video ipad,
adelia suka main alphabet ni dan sebut.

memang sangat membantu untuk anak kita kenal dan ingat huruf.
kadang kalau dia asyik main,aku akan pegang salah satu huruf,dan minta dia teka.


mula-mula dia teka banyak salah,lama-lama dah terer.
tiap kali dia teka betul,tak berhenti aku tepuk dan puji dia..
"good girl!!"

so dia seronok,bila tengah main,dia nampak aku nak join dia..dia dah gedik2..
dia suka mak dia jadi pompom girl..sebut "clever gril" sambil menari pusing2 dekat dia..
hahahha



tips 5 : Beli Block yang ada tulis ABC
Block ni pun membantu,sambil-sambil susun..
dia biasa akan sebut..

tambah-tambah time kawan tengah baru pandai ABC..
keja nyanyi ja sambil susun block..




tips 6 : Jangan paksa anak.


kalau tengok anak minat lebih kepada nak main,jangan paksa.
aku biasanya akan panggil adelia..
kalau dia tengah leka nak main dulu..

aku biarkan ja..nanti dia dah mai melepet2 dekat aku..
semangat ja nak nyanyi-nyanyi,baru aku buka video..


aku memang tak pernah paksa dia..
kalau aku ambil kertas,nak tulis ABC,panggil dia..dia xnak..buat bodo ja..
maka aku akan simpan paper n pen tu..
hari lain la baru panggil dia ..


mood budak-budak dia lebih kepada nak main..
kalau ada hari yang dia xnak abc..kalau nak pun,dalam 4 5minit..
mak ok ja..aku buka katun mickey mouse..

katun yang aku dedahkan dekat dia xbanyak..
mickey mouse,pocoyo & hi5..
kalau untuk seronok-seronok aku buka chip and dale.



tips 7 : Jaga pemakanan anak.

bab makan,memang aku tegas.
alhamdulillah,perut anak aku bebas dari coklat,keropok dalam plastik tu dan air kotak.
aiskrim vanilla ja yang pernah bagi..itu pun 2 3bulan sekali..air kotak hanya flavor susu sahaja.

kalau makan kfc,habis kuat dia makan coslow jala..kentang putar tu memang tak pernah bagi langsung.

gigih ok jaga..

bab pemakanan memang kena jaga bebetul.
gantikan jajan dengan kacang-kacang..
susu..
cornflakes..
kismis
jagung..
oat
gandum..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

aku tak buat sebarang jadual.
cuma aku ada plan..

untuk masa sekarang,memang target aku nak adelia pandai ABC,123 ,Alif baa taa..
nak bagi dia tau basic sahaja..

if dah pandai benda ni,aku nak ajar dia bab seni pulak..nak asah dia punya kreativiti..
pastu nak ajar dia basic kebersihan..


bab mengeja,tambah tolak, tunggu dia besar sikit dalam 4-5tahun..
umur 2tahun sampai 3tahun ni biar dia pandai yang basic dulu..
xmau dia stress nak kena belajar benda yang susah..
umur-umur gini,hidup dia kena banyak enjoy..
bagi kembang sikit otak.
hahaha


itu jala tips yang ioll ada pun..

nak anak cepat pandai or cepat tangkap apa yang diajar,pastu nak dia ingat lama..
jaga pemakanan dia..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

dekat instagram,aku ada la share video-video pendek dia..
lepasni harap dia boleh kenal semua huruf Aliff baa taa..now baru pandai sampai sya..



good luck uoll.















Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016