29 April 2014

Q Thai Steamboat,Giant Nilai. Sedap dan Murah.

assalamualaikum..


Steamboat antara feberet aku.
lama dah xlayan steamboat,makanya haritu teringin gila nak makan.

ingat nak terjah steamboat antarabangsa,bangi..tapi macam jauh..last p Qthai steamboat dekat giant nilai ja.
harga untuk dewasa RM30 tak termasuk minuman.budak besar Adelia FREE. 





ini section seafood yang depa xmarinate.
so boleh la masukkan dalam sup or kuah tomyam..
macam2 jenis siput wei..siap ada tu kerang orang kaya..hahaha
kerang orang kaya = scallop


tapi aku xambil pun sebab xpernah makan.
tapi tula,banyak pilihan...
rambang mata aku tau..


seafood dan semua bahan basah,fresh la juga..n nampak cantik..xda la nampak macam busuk ka hapa.




ini yang dah marinate..depa siap ada ikan sekoq2 ok..
ni boleh la nak bakar-bakar.
ada yang depa perap dengan kunyit,ada perap dengan black pepper..
macam-macam la jenis perapan ada..




bahan yang belum perap = dengan bahan yang dah perap.
hg mau ikan yang xperap,ada.
hg mau isi ayam yang tak perap,ada..


1st time aku p tempat steamboat yang macamni..selalu kalau dah perap tu,depa xda standby yang tak perap..kalau ada pun setakat isi ayam gitu ja..


dekat Qthai ni, 10bahan perap,hg akan jumpa juga 10bahan yang sama yang belum perap.
memang banyak pilihan gila.

memang time nak pilih tu,meleleh ayaq hidung hahahaha
berbaloi la bayar RM30..



fishball punya korum.
macam-macam ada..
pilih jangan tak pilih.



aiskrim pun ada,cuma aiskrim kosong jala..tak da kacang ka apa..



nasi goreng cina dan mee goreng.
not bad. sedap.



bahagian sayuq.
sayuq punya korum panjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjaaaaaaaaaaannnnnnnnnnnnnnnngggggggggg gila!
cendawan berjenis2..
sayur hijau berjenis2..
memang THORRBAIIIKKKK!
fresh dan bersih.

habis ja depa akan refill.



ni bahagian mee,tapi haritu depa letak sekali dengan sayur mayur.
pun macam-macam jenis dok ada..
bihun semua ada.

ada juga dia sedia kuih muih,ada ketam goreng tepung..cuma masa aku nak p ambil tu,depa tak refill..huhuhu
xdak rezeki nak rasa.


kuih bermacam jenis.
tapi tu la,depa xrefill juga..
mungkin lepas tu depa refill,sebab orang makin ramai.

cuma aku xda rezeki la nak rasa.


(semua gambar diatas adalah dari facebook Qthai Steamboat.)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



ni gambar sendiri.
aku tahap malas nak bangun p snap gambar.
memang heaven la makan dekat sini.
tempat luas.
pastu kawasan terbuka,memang tak rasa la bahang ..memang best la..
bakar makanan tanpa stress sebab panas hewhewhewhew

bagi aku,berbaloi la bayar RM30..
walau kuah sup dan kuah tomyam tu tak berapa sedap sangat.
tapi bahan dia untuk bakar dan sos dia best.


aku dengan eli memang gila makan steamboat yang bakar-bakar ni..kuah-kuah tu kami makan buat syarat ja..


Qthai Steamboat ni ada banyak cawangan, 5cawangan tak silap aku.
boleh usha dekat Qthai Steamboat



bubbyeee!




Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016