1 March 2014

Resepi Lasagna yang senang dan simple.

assalamualaikum..


Aku nak share resepi lasagna yang maha senang, pastu sedap. Hehehe.. Eli makan habis 1tray ok.


1st time aku buat lasagna. Resepi aku ikut pada kotak lasagna tu.


Bahan :-
Kepingan lasagna (celur dalam air panas dulu)
Daging cincang(aku guna daging burger)
Sos pasta prego(aku ambil perasa cendawan)
Mozarella cheece
Bega cheece (perasa bbq)
Susu full krim
Buttercup
Tomato pes --- ada dlm gambar tapi xguna pun sebab ganti dgn tomato fresh.
Serbuk lada hitam/putih
Oregano
Bay leaf
Bawang holland*
Bawang putih**
Carrot*
Tomato*

*--potong dadu
**-- cincang


~~~~~~~~~~~~


Cara nak masak senang ja.

Meat sauce :
Minyak dalam 1sudu if uoll guna daging beger.
Tumis bawang putih,bawang holland smp naik bau.
Masuk daging beger y dah dicincang.
Kacau daging sampai masak.
Masuk carrot dan tomato
Masuk sos prego.

Kacau rata,masuk serbuk oregano dan bay leaf. Kacau rata. Masuk garam dan serbuk lada.

Tunggu sampai mendidih.siap.


~~~~~~~~~~~

Cheece sauce(sepanjang proses memasak,guna api paling slow) :-

Panas kuali,masuk butter. Masuk tepung gandum agak dalam 1sudu,kacau sampai xda ketul2..masuk susu segar. Kacau..
Agak likat,masuk mozarella cheese dgn bega cheese. Kacau sampai cair semua.masuk garam.siap.



Pastu time nak layer,makesure lapisan paling bawah adalah meat sauce. Lapisan paling atas adalah cheece sause. Kalau ada parmesan cheece,boleh tabur2 atas cheese sauce. Macam aku xda,so aku cincang2 mozarella cheese tabur atas cheece sauce.


Jgn letak kepingan lasagna dulu tau,letak meat sauce dulu, kalau tak nanti kepingan lasagna dia melekat dekat loyang. Oles loyang guna olive oil or butter.

Panaskan oven 180darjah celcius.
Bakar dalam 30-40min.



~~~~~~~~~~
Makan dengan sos cili. Sedap.


Kalau tak mau lasagna uoll kering,dedua sauce tu buat cair sikit.


Boleh guna hashtag #safiyyahosmanmasak utk tgk video resepi lasagna. :)



Bye.




No comments:

Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016