iklan berbayar. 50/month








Resepi Nasi Ayam yang simple dan sedap. #safiyyahosmanmasak

assalamualaikum..



menu cuti CNY..

Aku dah buat 14673829kali nasi ayam ni..hihi..
aku suka nasi ayam..memang makanan feberet la..

makin selalu buat,makin aku buat dia jadi sesimple yang boleh..hahahaha..
dulu rasa macam qenyah nak buat..tapi now!!sennnnnnnnaaaaaaannnnnnngggggggggg!


aku ada share resepi dekat instagram. under hashtag #safiyyahosmanmasak
tapi aku tak tau la kalau orang luar boleh view or tak sebab ig aku private.


resepi ayam :-
ayam perap dengan bahan blend. (bahan blend : halia,bawang putih,bawang merah/bawang besar)
didihkan air.
air mendidih,masukkan ayam dengan bahan perapan tu sekali.
tunggu sampai ayam masak.


ayam dah masak,uoll angkat,letak dalam bekas,makesure air didihan ayam tu pun uoll ambl la dalam 1 ke 3senduk. Masukkan sos tiram.kicap cair,kicap pekat. gaul bagi rata n perap. lagi lama lagi besttttttttt.

nanti boleh goreng or bakar. siap!

kuah kicap tu,masak atas api paling slow,biar sampai mendidih dan pekat.


nasi :-
basuh beras macam biasa, ambil air rebusan ayam tu untuk tanak nasi.
masuk serbuk kunyit sikit,letak garam skit. jadi la nasi warna kuning.


kuah cabai :-
bawang putih,cabai melaka,cabai merah -blend /tumbuk
masuk cuka,sos cili & air--kacau bagi semua bercampur.
panas periuk,masak cabai tadi..sampai pekat.letak gula. siap.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


senang ja kan??..insyallah sedap.
:)