2 January 2014

Sambal Ikan Bilis Petai

assalamualaikum..


kali kedua dalam hidup aku buat sambai petai..
sebelum ni mak ja dok buat..
eli pun tak pernah request nak makan masa mula-mula kawen..

lagi pun after 2tahun kawen baru la aku betul-betul pandai masak sambal.
dulu macam-macam resepi sambal aku cuba...semua tak jadi..
sampai la ada sorang customer aku,nama kak aisyah ajar cara buat sambai..

alhamdulillah memang jadi sambai aku lepas tu :)


resepi sambal petai ikan bilis ;-
petai (belah tengah)
ikan bilis (nak ganti udang pun boleh)
cabai kering(potong dan rendam air panas sampai kembang)
air asam jawa sikit(bancuh pekat2)
gula
garam

*aku memang tak guna sebarang bawang*


blend cabai kering tu dengan air yang paras2 cabai ja..blend sampai halus.
panas minyak dalam 1senduk,tumis cabai,buka api paling slow..
tutup periuk separuh..masak sampai sambai pecah minyak..
selalu kacau k takut hangit pula..
dah pecah minyak,masuk ikan bilis yang dah tos air..
masak ikan bilis dengan sambal sampai agak sambai nak kering sikit-sikit,masuk air asam jawa..masuk petai..
agak dah nak masak petai tu,masuk gula garam..
siap.

insyallah sedap.
hehehe

kalau ikan bilis tu uoll ganti dengan udang,udang tu uoll masuk last sekali..kira masuk lepas agak petai nak masak..sebab udang kalau masak lama xsedap..jadi liat..

sambal..kalau nak sedap uoll kena pandai adjust gula..pedas2 manis sikit..sure meletop2 time makan.


aku masak untuk eli bawa bekai,dia minta suruh masak sambai petai..aku bangun pukul 5.30pagi..masak nasi goreng sekali..

nasi goreng basic,telur mata & sambal petai.
ni dia makan breakfast dengan lunch sekali.
jimat duit.


nasi goreng tu senang ja..

*cabai melaka(cili padi)
*bawang besar 1labu
*bawang putih 5ulas
*ikan bilis
carrot
sawi
garam

tumbuk bahan* sampai lumat/halus

panas minyak tumis bahan tumbuk tadi..api buka slow ja..
agak dah masak ikan bilis.. masuk carrot..agak carrot pun dah nak lembut masuk nasi..gaul rata..masuk sawi..perasa dengan garam,siap.

senang ja kan?..

nak makan buh kicap sikit..ada timun plak..sedap..hahaha


bye.









3 comments:

zacky786 said...

haah jmat duit kn ..
xpayah nk membazir mkn kt tmpt kje

bahiyahaziz ; said...

ni fevret saya ni...selalu mak masak,tapi skrg susah nk jmpe petai,kempunan nk mkn...hihiii

Fuziah Idris said...

terliuqqqqqqqqqq PIAH oiiii....

rawat masalah keputihan dan keintiman

Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016