18 January 2014

Kandungan Paraben & Sodium Lauryl Sulfate (SLS) dalam ubat gigi kanak-kanak,Merbahaya???

assalamualaikum..


Pernah tak kita check kandungan ubat gigi anak kita??..perasan tak apa kandungan ubat gigi anak kita?? Aku selama Adelia hidup ni,memang tak pernah guna pun ubat gigi time berus gigi dia..Adelia pun susah gak nak gosok gigi..

tapi bila aku tanya pendapat doktor n kawan-kawan yang kerja nurse,depa pun tak galakkan guna ubat gigi,selagi anak kita xmakan benda-benda manis atau jajan,xkerap gosok gigi or tak guna ubat gigi ,tak perlu risau pun...Adelia aku memang tak ajar makan jajan.. 

so far benda manis yang dia minum hari-hari adalah SUSU FORMULA dia ja. Coklat,aiskrim aku pernah bagi dia 3kali ja kot..tu pun ciput gila..


Adelia gosok gigi memang jarang dan tak guna ubat gigi.. Dia macam tak selesa berus tu dok gosok gigi dia..jenuh paksa..tapi aku tak paksa gila-gila pun..sebab takut nanti dia fobia..fobia nak gosok gigi..fobia nak mandai pula..so aku wat lex..wat cool jala..aku tenyeh gigi dia guna kain bersih dengan air suam.

so anda macamana?
tau tak bahaya paraben?? tau tak kesan buruk SLS??
apa paraben boleh effect anak kita??


aku pernah share pasal toiletries baby yang selamat dari paraben..
klik SINI 


ni ubat gigi free yang aku dapat sebab beli berus gigi baru dekat Adelia.
tak guna pun..

kandungan paraben yang ada :-
methylparaben
butylparaben


juga terdapat :-
sodium lauryl sulfate (SLS)


Paraben tu apa??
paraben ni dia bahan kimia yang dimasukkan dalam makanan n product-product macam ubat gigi ni untuk bagi tahan lama. Barangan bayi pun memang bercambah ada paraben.


Sodium Lauryl Sulfate tu apa??
sejenis bahan yang digunakan untuk menghasilkan buih. Murah dan mudah didapati. 


Kenapa ada paraben dalam product-product toiletries baby?
Paraben ni mudah didapati dan murah. Digunakan untuk memanjangkan tempoh penggunaan sesuatu product. Dalam bahasa senang..dia akan buat product tu lambat berkulat.. faham?.. 


Side effect paraben pada kanak-kanak dan bayi :-

Baligh Lebih Awal. (Early Puberty)
Kebolehan paraben meniru hormon lain menyukarkan sistem endokrin berfungsi sempurna.
akan menyebabkan kanak-kanak perempuan boleh baligh lebih awal contohnya seawal lapan tahun. Para pengkaji paraben mendapati bahawa, pembesaran buah zakar dan buah dada kepada kanak-kanak lelaki juga boleh berpunca daripada paraben.



Benda ni kita tak boleh elak pun sebenarnya,still besar nanti anak-anak kita ni terdedah dengan product-product yang memang 100% menggunakan paraben..tapi apa salahnya kita jaga sementara kita boleh jaga kan??


Side effect SLS pada kanak-kanak dan bayi :-
mengeringkan kulit dan SLS adalah penyumbang kepada cancer.


mungkin kandungan yang ada ni adalah kandungan yang dibenarkan ikut piawaian yang ditetapkan,tapi kalau kita ada choice untuk pilih yang lain,apa salahnya kan..

guna product berasaskan organik pun ok,cuma harga agak mahal..tapi apa salahnya invest untuk anak,ye dak? 

duit boleh dicari..anak tiada ganti..
buatlah pilihan yang bijak..
:)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

orang kata dekat aku :-

"hg dok jaga sangat makan Adelia kenapa??,nanti dia besaq-besaq dia makan juga benda yang hg xbagi dia makan tu.."


Aku kata " Selagi aku boleh jaga makan minum dia..aku nak jaga..nanti dia dah besar,dia pandai pikiaq sendiri.."


aku sendiri,ayah memang tak ajar makan jajan..ayah memang jaga bab makan jajan..ayah tak bagi makan keropok,minum air tin,air kotak..bila aku besar,naik sek rend,sek menengah..memang aku xbiasa nk jadikan minum air bergas..makan keropok.. tu sebagai habit..

so aku rasa,bila aku control adelia bab-bab jajan ni,aku harap bila besar benda tu akan buat dia tak berkenan dengan jajan.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

nak cerita pasal ubat gigi tapi melencong ntah mana hala..hahaha

jangan tanya aku,ubat gigi mana yang tak ada paraben dan SLS..aku tak selidik lagi..uoll kena search la sendiri..kot-kot wujud..

tak pun guna kayu sugi ja untuk anak.. :)


sharing is caring.
Jangan Lupa periksa sekali toiletries anak anda :)



bye uoll.
















2 comments:

DYatie said...

Thanks piya!!! Useful sangat.

Sharz said...

thanks piya for sharing...kite suka baca blog piya sebab selalu share benda2 mcm nie..kdg2 tak pernah terfikir nak research pon hal2 macam nie.. :)

Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016