23 January 2014

25tahun.

assalamualaikum..



Tinggal beberapa hari & minggu untuk aku masuk umur 25tahun.
Rasa macam xcaya wei..
Otak aku ni 50-50 kot..50 nk ligan hora-hora dengan kawan2..50 lagi komitmen dekat rumahtangga.

Aku azam tahun ni nak lebih jadi positif dan kurangkan rebel dgn laki sendiri :p
Sian eli..

Aku nak usaha untuk belajar cool down kan diri dengan lebih hebat lagi..giiteewww..


Anak pun dah sorang.. aku xnak tambah lagi..tunggu steady sikit baru pikir..akan cuba usaha lebih untuk menjayakan plan aku ni..dah xmau main-main. Takut terbabas.



Adelia yang comel.
Memang style dia,nak snap gambar..dia akan terpacak depan kita..sibukkk ja..hehehe..

Aku plan,insyallah dalam masa terdekat nak ambil lesen diving. Eli dah ada lesen diving..now time bini pulak..apak jaga anak,mak p ambil lesen diving. Hihihi

Ada dlm 2-3bulan untuk gigih kuruskan badan..sebab kalau tak segan la nak pakai baju swimming..perut ioll macam ombak hahaha :p



Apak-anak-emak
My life.



24.2.2014 ni Adelia umur 2tahun. Alhamdulillah..dia still diberi kesihatan yang baik oleh Allah. 

Makin ligat..mkin cerdik..dah kenal ABC.. tinggal beberapa huruf ja yang belum kenal.. 

Bahasa dia guna ada beberapa ayat tu memang kita faham..yang lain ke laut..semua jadi bahasa German..

aku dgn apak dia cuba ajar dia supaya tak takut dengan binatang..kami x pernah takut2kan dia dengan tempat gelap..tak ajar dia takut hantu..xgertak2 dia untuk dia jadi takut dengan sesuatu keadaan..aku nak dia sentiasa rasa berani.. tapi until now dia cukup takut dengan gajah & badut. Yang lain xtakut..

Fyi,Aku memang sejak azali takut badut dengan maskot.huhuhu..terkenan kot pada dia..hihi

Cukup umur dia 2tahun,aku nak gigih ajar dia iqra',insyallah.
Budak besar Adelia ni otak macam sponge. Daya serapan dia tahap supersaia.

Rambut pun semakin panjang..Adelia kurus tinggi..tinggi sebab suka makan roti rasanya hehehe..

Dia suka main air..suka tuchak tuchak(acah-acah)..dia la penyeri..walau kadang-kadang dia buat mak dia jadi SINGA.

Tapi aku marah,bukan marah benci..mana mampu nak benci anak sendiri..
:)

Kadang-kadang aku rasa,mcm cukup la Adelia seorang anak aku..sebab aku xpandai nak bahagi kasih..tapi apak dia selalu pujuk..dia nak anak 135674orang.. hahaha..ok,aku tipu. :p
Apak dia nak 3orang anak ja kalau boleh.
Insyallah,akan di usahakan kemudian hari.


Tahun ni,mungkin akan jadi tahun yang aku dgn eli perlu lebih usaha.
Kemungkinan besar,perlu lupakan hasrat nak travel jauh-jauh..wuwuwuwuwu
Mungkin cuti-cuti Malaysia ja..
Harapnya tahun ni ada rezeki lebih.amin.


Safiyyah Osman
25tahun
8.2.1989
Bersuami.
Anak 1
Surirumah sepenuh masa
Founder atasrakcollection.com.my


Kejar impian kita.. buat apa yang kita suka,
Walau jatuh sejuta kali..
Bangun..
Bangun..
Bangun..
Terus melangkah...
Kejar....
Kejar....
Kejar....
Sebab janji Allah s.w.t ,
Tidak akan jadi sia-sia untuk orang yang berusaha.


Good luck uoll.
Bye.

7 comments:

Sharz said...

semoga piya terus sukses dalam hidup dan adelia pon sihat2 je.. :)

ieda said...

moga apa yang dicita2kan menjadi kenyataan...insyaAllah.

Allene said...

muda lagi.. da berjaya dalam busines.. tahniah dik..
akak ni terkedek kedek je nak berbusiness.. tahniah.. dan happy besday...

Riana said...

Good Luck Piyah..=)

Cik Siti Hajar said...

laa... sebaya kita ni rupanya... :)

Sheila Salim said...

Assalamualaikum, alhamdullilah. semoga dipermudahkan urusan kamu sekeluarga (",)

azhar red artz said...

Kita sebaya la .. hihi.. tp sy ank dh nk msuk 3 org..

Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016