19 September 2013

Simptom awal AUSTIME terhadap anak.

assalamualaikum..

Kita kena selalu pantau perkembangan anak kita. Kita kena tau kebolehan anak ikut umur..macamana nak tau?..banyaklah membaca..dunia dihujung jari. Malas baca buku..baca dekat internet..

Jangan bila tengok anak perkembangan slow dari anak orang lain rasa lega..bagi aku xsemua perkembangan kita kena risau..just risau pada part2 perkembangan yang penting.. mcm kebolehan bercakap..kebolehan respon pada persekitaran.. kalau part2 lambat berjalan..lambat tumbuh gigi tu..bagi aku biasa..selagi doktor tak cakap anak kita cacat kaki..insyallah cepat atau lambat anak still akan berjalan.

Macam adelia ,lambat berjalan...1thun 5bln gitu baru boleh berjalan..tp bila dah berjalan..gigi pun dah nak penuh..sbb dia tumbuh gigi awal...fham?..


Dibawah ni aku nak share ciri2 austime. Sama2 kita pantau anak kita ok.. kalau nampak something wrong somewhere..laju2 bawa jumpa pakar untuk diskas..


Ni simptom-simptom awal austime. Simptom2 ni akan berlaku secara berterusan dan menjadi semakin teruk bila usia anak bertambah.



  • Tidak pandai menunding jari untuk menunjuk ke arah sesuatu pada usia 1 tahun
  • • Tidak membuat bunyi-bunyi bayi (contohnya, ba-ba-ba, na-na-na) pada usia 1 tahun.
  • • Tidak boleh menyebut 1 patah perkataan pada usia 16 bulan.
  • • Tidak menggunakan frasa dua perkataan pada usia 24 bulan.
  • • Hilang kemahiran berbahasa secara tiba-tiba
  • • Tidak pandai bermain permainan olok-olok
  • • Tidak menunjukkan minat untuk berkawan
  • • Sukar untuk berkawan
  • • Memberikan tumpuan dan perhatian yang sangat singkat terhadap sesuatu objek dan/atau peristiwa
  • • Tidak memberikan respon apabila namanya dipanggil.
  • • Menunjukkan sikap acuh tak acuh pada orang lain
  • • Kurang atau langsung tiada kontek mata
  • • Melakukan pergerakan badan yang berulang-ulang, seperti melambai-lambaikan tangan atau mengoyang-goyangkan badan
  • • Mudah mengamuk dan/atau mengamuk pada tahap yang melampau
  • • Obses dengan sesuatu objek, seperti kipas yang sedang berpusing
  • • Tidak fleksibel atau terlalu terikat dengan rutin hariannya
  • • Terlalu sensitif terhadap sesetengah bunyi, tekstur atau bau
  • • Mengalami kesukaran untuk membaca atau memahami ekpresi muka
  • • Tidak mampu untuk berkomunikasi secara bukan lisan, seperti menggunakan ekspresi muka
  • • Tidak memahami bahawa orang lain mungkin mempunyai pemikiran dan perasaan yang berbeza daripada mereka
  • • Mempunyai minat yang terhad, seperti membaca jadual latihan.
  • • Kemahiran motor yang aneh
  • • Corak pertuturan yang berbentuk mekanikal dan robotik

Apa itu austime?

-  Kecelaruan perkembangan dan membawa impak yang besar  keatas kemampuan berkomunikasi dgn org sekeliling.

- imaginasi kanak2 yang ada austime terhad, kanak2 tersebut akan mengulangi perkara/perbuatan yang sama berulang kali.

- Lebih kerap berlaku kepada kanak2 lelaki berbanding perempuan. Nisbah 1:4.

- masih tiada penawar utk austime dan tiada siapa tahu puncak austime(klu dkt oversea tgh fight kata vaksin penyebab austime).

- nisbah austime pada awal tahun 70an, 1 dalam 10,000orang. Paling terkini statistik tahun 2012 1 dalam 88orang.

- Dekat US ada 1.5juta penghidap austime..until now dekat malaysia tiada statistik rasmi pasal penghidap austime.


Apa2 pun,kita sebagai mak ayah..pantau kebolehan dan perkembangan anak sebaiknya.. selebihnya kita tawakal.


Jaga permakanan anak. Itu paling penting. Elakkan jajan dan segala jenis makanan yang merapu2..


Good luck untuk semua. Semoga anak2 kita sentiasa dilindungi.



Info kredit kepada :: Makmal austime UKM.






11 comments:

Chekgu Azrine said...

Kat sek akk ada ramai jugak autismd..ada yg serius..ada yg mild je..ada sorang tu dia xblh tgok kipas yg stand tu tgh pusing..dia dok jr tatap..mcm syiok..hehe..geli hati jugak tgok..

~ NANA ~ said...

Thanks for the info piya

S.n.Fariza said...

Tq. good info

D Yatie said...

Tempoh hari kat KKIA juga check anak ad autisme atau tak. Slh satu simptom kalau tb2 anak tu letak jari kat tgh2 btg hidung.

veesakura said...

Thanks for the info,piya!

Mrs Najib said...

Good info..

School Of Tots said...

Entri yg menarik
Semoga berkembang sebagi ilmu bermanfaat..

SyimaSyaz said...

good info... memang tgh carik symptom ni...

Aty_Fared said...

Selalu terpikir pasal penyakit ni...sejak tengok cerite shah rukh khan tu lah...ade satu cerite industan die jadi autisme... anak kawan asben pon ade penyakit ni..tp die bijak sangat..cume pelik sikit la..

Aty_Fared said...

Selalu terpikir pasal penyakit ni...sejak tengok cerite shah rukh khan tu lah...ade satu cerite industan die jadi autisme... anak kawan asben pon ade penyakit ni..tp die bijak sangat..cume pelik sikit la..

safiyyah osman said...

Aty..piya pnh dgr org kata..if anak austime..elok bgi dia jdi hafiz.. hafaz alquran... sbb budak2 austime power dlm bab mengingat...

Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016