29 September 2013

Balik Kampung :: mee rebus udang,ban pecah kuala kurau,perak.

assalamualaikum..


Hari pertama di kampung parit buntar terchenta..hehe


Ikut pakcik ,MIL& FIL p kampung tengok orang clear tanah..

Baget urban sangat..tgkp gmbr dekat bendang hahahaha..

Dulu bendang dgn parit tempat mandi ioll ja..hahaha.. sanggup buat rakit nak main dalam parit..zzzzZzzzZzz..

Dekat peematang berangan(rumah ayah), banyak la bendang..parit semua..sanggup jalan kaki p main ramai2..lintah pacat xtakut time tu..janji dapat tangkap ikan temberas(ikan y bdan jernih tu )ahhaahha..


Lepak tengok orang clear hutan tu lama juga..1jam++.. pastu terus gerak ke pantai ban pecah.


Mee rebus udang.
Kedai ni dok dekat hujunggggggggggg pantai...
Sedap oi....
10/10 aku bagi.
Udang rasa manis...fresh..





Abah(baju blueblack),pakcik.
Pakcik ni dulu zaman aku sekolah..zaman aku xtau pun eli wujud..dia dok mai sekolah aku bagi ceramah..hahahaa..

Kira femes la pakcik ni time aku zaman sekolah...tau kata encik sukiman nak mai bagi ceramah..memang syok la..2jam rasa mcm sejam..

Gittewww..


Eli & emak



Adelia.

Dekat sini banyak kucing..tapi tempat bersih.

Makan pun sedap.
Eli makan laksa..
Kerang rebus pun ada..

Aku xtau kata dekat sini makan kerang rebus cicah kuah kacang..dok besa makan dengan air asam.

Kerang rebus memang fresh2...besar pun besar.


Habis makan terus gerak balik. Sebab maghrib tu nak balik tidur rumah ayah pula.


Sejarah ban pecah

Walaupun pantai itu menerima ratusan pengunjung setiap hari, namun tidak ramai tahu bahawa pada awal tahun 1960-an, kawasan itu adalah hamparan sawah padi yang subur menghijau.


Menurut cerita lisan penduduk tempatan, kononnya sumpahan seorang anak yatim piatu telah menukar wajah sawah yang subur menjadi laut. 


Memang benar dahulunya kawasan pantai ini adalah 'lautan sawah' padi yang amat subur iaitu kira-kira 400 hektar luasnya. Ia milik penduduk kampung termasuk dua beradik yang merupakan anak orang berada.

Hampir dua pertiga tanah sawah itu milik mereka. Sebelum saudara yang sulung meninggal dunia, dia telah meminta adiknya menjaga anaknya dan tanah sawah miliknya.

"Namun, ketika anak-anak itu sedang membesar, bapa saudara mereka telah mengkhianati amanah tersebut. Semua bahagian harta milik si abang tidak diserahkan seperti yang diamanahkan, sebaliknya dibolot oleh si adik.


Ceritanya lagi, untuk menyara hidup, anak yatim yang malang itu terpaksa bekerja keras setiap hari untuk mendapatkan sesuap nasi.

Menurutnya lagi, cakap-cakap masyarakat setempat pada masa itu menyedarkan anak yatim itu bahawa bapa saudara mereka telah mengkhianati amanah ayahnya.

"Dia bertemu bapa saudaranya bertanyakan perkara itu tetapi disangkal dan dihalau keluar.Sebelum meninggalkan kampung, anak itu berdoa, 'Ya Allah, jika benar apa yang berlaku ini, engkau tunjukkan balasannya'. Sejak itu,ombak mula mengganas memecah benteng sawah atau ban yang dibina.


Kawasan bendang dan kebun kelapa bertukar menjadi pantai menyebabkan penduduk kampung cemas.


Segala usaha dilakukan seperti menambak dan cuba mengalirkan air laut ke dalam kolam, tetapi tidak berkesan sehingga segelintir penduduk kampung menggunakan bomoh dan pawang.

masih terpahat di ingatan lagi penduduk mengorbankan seekor lembu putih atas kehendak pawang. Ketika itu, saya berusia belasan tahun dan lihat sendiri tulang-tulang lembu bertaburan di tepi pantai.



Ni la cerita yang abah cerita masa lepak dekat ban pecah...so aku google..memang ada...


Nak baca story detail..boleh bac dkt link ni

http://tanjungpiandangku.blogspot.com/2009/09/sejarah-ban-pecah.html?m=1


Bye.








1 comment:

Chekgu Azrine said...

Tgok udang2 tu kecur air liur..hehe

Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016