23 August 2013

Nasi ayam ala-ala Chicken Rice Shop,bukan sekadar nasi ayam.

assalamualaikum..


Aku selalu sangat dah buat nasi ayam.nasi ayam salah satu feberet la selain mee n soto.


Baru-baru ni aku buat nasi ayam ala2 kedai chicken rice shop. Ayam tu aku bakar dalam oven n buat tauge masak sos tiram..pak choy sos tiram pun ada.


Nasi ayam-sayur pak choy-tauge-ayam bakar-sambal pedas bawang putih.


Nasi ayam ni sebenarnya nak buat warna putih kusam2..tapi dah dok biasa buat warna kuning..aku terletak serbuk kunyit..adoi..

Nak bagi dapat nasi ala2 pitih kusam..uol jist guna kuah sup ayam pastu letak kiub ayam 1..kiub ayam tu hancur2 gitu ja..masuk dalam beras n masak macam biasa. 

Dah masuk kiub xyah buh garam dah dalam nasi. Macam aku dah terletak serbuk kunyit..aki xletak ler kiub ayam.



Kuah sos tiram  untuk pak choy n tauge just guna kicap yang kita perap ayam..just bagi nampak cair sikit letak kuah sup ayam..masak ja sekali..

Panas kuali..xyah minyak masak dah..masuk terus kuah sup yang dah siap letak garam gula semua k...pastu masuk 2sudu or 3sudu kicap perapan ayam..kacau2..sampai mendidih..curah atas tauge n sayur pak choy.

Tauge dengan sayur pak choy celur asing..celur dalam air panas dulu dalam 1-2min.. pastu sejat..letak atas pinggan n curah kuah sos tiram y kita buat. Siap.


Sup ayam+kaki ayam.
Sup ayam ni sup bekas rebus ayam..
Untuk sedapkan sup..blend bawang putih bawang merah n halia..masa sup tgh mendidih masuk bahan y di blend tadi..masak sampai la bawang2 tu suma sebati dgn sup..pastu masuk kiub ayam..klu xckup masin masuk garam..agak dah rasa semua ok,tutup api.siap.



Sambal bawang putih.
Cabai melaka merah 8-10bji
Bawang putih 6ulas
Tomato 1bji
Sos cili 
Sos tomato
Limau nipis/limau kasturi 1/2bji

Blend tomato,cabai n bawamg putih n sos.masak blend letak air sikit ja sbb tomato tu akan kluarkan air. Blend sampai lumat. Masak atas api yang perlahan,sambil masak masuk air limau kastturi/limau nipis.. Agak mendidih tutup api.siap.



Ayam aku rebus dulu. Sebab nak buat sup ayam kan.. agak dah separuh masak,angkat. Perap dengan kicap manis,kicap pekat,sos tiram n madu.perap lama lagi best. Masa perap tu masuk sikit air rebusan tadi..

Pastu bakar. Aku bakar ikut hati. Aku xpandai nk baget suhu..kalau xda oven..goreng ja..siap.

Kuah lebih perapan boleh serve gitu ja if ampa bakar. Sebab aku bakar sekali harung dengan kuah perapan yang lebih tu..

If ayam tu digoreng,kuah perapan kna msak dlu atas api yang perlahan.


Siap. Boleh la makan secara nafsu naga. Hahaha



Bye uoll.




No comments:

Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016