iklan berbayar. 50/month










Tips balik kampung berdua dengan anak naik kapal terbang.

assalamualaikum..


Title entry skema muahahhha.. aku dah 4 5 6kali dah balik kampung berdua dengan adelia. Memula memang gabai..dengan jakun xpernah naik flight. Muahahahaa.


1st time balik kampung adelia umur 8 9bulan xsilap. Bagi aku lain peringkat umur..lain cara nak handle.

Adelia now umur 1thun 5bulan.

Tips naik flight berdua dengan anak usia 1tahun 5bulan.

1. Kurangkan kuantiti beg. Aku cuma akan bawa 2beg. 1luggage,1 handbag. Handbag ikut mood, paling better sling bag atau handbag yang boleh kita kepit kot ketiak. Luggage biasanya aku check in.


2. Perlu Stroller. Berat adelia dah 9kg..mana larat nak dukung sepanjang jalan. So stroller wajib. Tapi kalau rasa xmau bawa stroller pun terpulang.


Nak bagi dia qalit dalam stroller, kena bagi apa2 benda untuk dia pegang or buat macam persekitaran dia best. Kena cakap dekat dia ala2 jakun sikit hahaha..
"Waaaauu adeliaa..wauuuu.."

Adelia biasa kalau dengar aku cakap gitu..dia pun akan mcm tercari2 apa yang wauuuunyaaaa..gitu..


3. Jangan takut nak check in beg. Aku dulu masa memula pun takut nak check in bag sebab takut xjumpa tempat nak collect bag..muahahaha.. omg..jakun tahap punya.. tapi eli salu bagi kata2 semangat hahaa.. so cara aku dulu, aku akan mark sorang or 2 3orang yang sama flight dengan aku. Nanti aku akan follow depa jala p tempat bag. Xpun ikut ja sighboard. Tobat xsusah mana pun.. hahaha :p



4. Dalam flight. Aku dalam flight adelia memang dia nak pegang macam2..aku akan biaq ja selagi tempat duduk sebelah aku kosong. Dah ada orang baru aku angkat adelia duduk atas pangku aku.




5. Standby susu kotak. Memang dah jadi salah satu perkara wajib if aku travel berdua dengan adelia. Sebab aku malas nak bancuh susu panas dekat dia. Nanti susu kemana..ayaq panas ke mana..hahahaa


6. Biar anak main puas-puas sebelum departr. Biasa kita kena tunggu gate buka kan..masa tu biaq ja dia nak main..merangkak ka.pegang merata ka...cuma standby sesiap instant hand sanitizer. Aku biasa guna brand dettol. 


Bila dah nak masuk gate baru ler cuci tangan dia muka or mana2 yang suka. 

7. Adelia biasanya bila flight nak take off dia akan automatik tidoq sebab dah penat dok main kan...sebelum lena dia akan minum susu kotak dulu sikit or air masak..pastu..terus lena sampai la ke penang.  Lega oi.. 







8. Aku biasa akan galas ja beg yang aku check in tu bila dah sampai aiport penang. . So senang tolak stroller. 

Aku galas luggage n sangkut handbag dekat stroller.
Mudah.
Hehee


Luggage aku brand karrimor.  Aku akan bawa saiz kecil punya..

Isi barang cuma kain baju aku n adelia. Xberat mana pun..so memang boleh galas macam beg sekolah..


Beg ni memang beg wajib aku akan bawa if aku bawa stroller. Kalau xbawa stroller aku bawa beg brand yang sama..cuma lagi besar.


Dalam handbag biasanya aku akan standby pampers 3keping, susu kotak 4kotak(saiz kecil),air masak, makanan &hf n purse.

Beg y aku bawa sebagai handbag a.k.a diapers bag. 



So Good luck pada mommy2 yang baru pertama kali nk travel balik kampung berdua dengan anak.

Go go chaiyok!!!