13 July 2013

Ramadhan 2013 :: Juadah berbuka puasa hari ketiga.

assalamualaikum..





 Aku masak soto ayam.
E88
Memula memang olan nak buat mee kari..tapi eli xmau.. dia nak makan soto siap bergedil uoll.. dengan mithalinya..aku pun masak soto n buat bergedil.

Tapi bergedil aku kurang garam..bulan puasa xbleh nak rasa..

Aku jenis kalau masak menu yang macam ni..aku nak lengkap bahan2 dia..

Kena ada tauge,tauhu,daun bawang,kacang goreng,suhun goreng,ayam carik,cabai kicap..mee or bihun xkisah..janji rencah2 nak taruk atas tu lengkap.

Sup aku kalini not bad..kalau banyak2 kali lagi buat..mesti akan makin ok. 

Lagipun aku xletak ajinamoto..kalau letak lagi rasa meletop2 kot..


Bergedil.

Kalau ikut resepi betul2..kena ada udang,hati ayam..baru best.. tapi aku xda..

Aku cuma masukkan cabai merah besaq tu,udang kering,bawang kecik n bawang putih 1ulas.

Before tumbuk cabai,bawang,udang kering suma tu..aku goreng dulu bagi lembut..

Ubi kentang aku lebih suka goreng dari rebus. So far kalau buat bergedil,memang aku goreng ubi kentang. Kalau rebus aku xpandai nak agak masak dia..kalau terlalu masak,takut bergedil uoll jadi lembut sangat..susah la time nak goreng salut telur nanti..

Telur time nak goreng tu,aku biasanya pukul bagi ada buih2 skit pastu campur air panas dalam 2sudu besar..pukul..pastu baru masuk bergedil n goreng.

Bergedil lepas kita buat bulat2 kecil,kena simpan dalam petiais atleast 1jam or 30minit gitu.

Oh lagi 1,masa gaul2 semua bahan masuk tepung gandum dalam setengah sudu besar.

Time nak goreng baru penyek2 n masuk dlm telur. Api kena betul2 panas,seeloknya api sederhana..jangan api kecik..nanti makan minyak..giittteeew..



Nampak rencah dia ja..mee dok bawah. Hahhaa..

Now aku cabai kicap tu xyah kalut2 dah..aku beli kicap pedas ready made. Sedap uoll. Orang islam yang buat. 

Nanti aku buat special entry. Dan la order b4 raya. Heheh..


ESok baru berkesempatan nak berbuka dengan eli. Dia p keja sempat aku siapkan bekal dia bawa p tempat keja.

Sama2 makan soto..cuma lain tempat ja. 


Take care uoll.
Selamat berpuasa :)

Bye.

3 comments:

Mek Onie said...

soto dengan bergedil feberet kita kot !

Chekgu Azrine said...

Sedapnya sis..blm penah cuba buat begedil..nati nak try la..

D Yatie said...

Bila.tah nak masak hebat3 gini. Masak laksa sarawak pun husb x brp bg sbb renyah katany. Tak kuar dr dapo la sy nt. Hahaha.

Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016