28 November 2012

Tip ke bandung bersama anak bawah setahun.

Ni aku share pengalaman aku bawa adelia.yang mana aku praktikkan la.


Bagi aku,bawa budak bawah setahun ni lagi mudah dari bawak budak umur setahun ke atas.huhuhu


Tip pertama :-
Jangan bawa stroller ke bandung kalau sepanjang di sana xhire pak supir.



Sebab apa?..sana jalan jem gila punya...10kali ganda jem..jalan penuh dengan angkutan(van),kereta,lori,moto.



Kalau bawa stroller susah nak lintas jalan,naik teksi kena lintas-lintas jalan...



So sangat xsesuai ye.xakan setiap 15min nak lipat stroller sumbat dalam teksi..oh buang masa.



Tip kedua :-
Bawa carrier.paling better carrier ERGO atau carrier SSC.



Ha ini ERGO fake.sapa ada duit lebih aku galakkan beli yang ori.ori harga dalam RM500.aku memula dah nak beli yang ori dekat onebbworld...free postage..tapi eli tak bagi..dia suruh cari dekat mudah.tu yang boleh jumpa yang fake..ramai rupanya yang jual yang fake..



Kenapa carrier ni elok?..sebab baby bila pakai carrier ni,dia dalam posisi duduk.so better banyak dari carrier jenis lain.



Tapi carrier ni sesuai untuk infant ye.



Kita kan ke bandung buang masa yang lama untuk p merata,so kesian la dekat anak kalau duduk dalam carrier biasa.lenguh tulang paha dia..


Kalau carrier jenis ni,tulang paha dia jadi lurus,so dia selesa.


Adelia siap hentam lena lagi..dia ada cover kepala tu..memang best guna carrier nie..tapi nak beli yang ori xmampu lerr hewhewhew..carrier ni boleh pakai sampai anak umur 2tahun.



Sapa nak,aku boleh dapat kan.tapi fake k..aku ada jmp supplier online.kalau nak RM150..pos RM10.. order b4 1hb aku boleh terus p ambik by hand ja dekat cina tu.dia ready stock.



Nak bagi tip,tapi terpromote lak..haha..


Carrier ni mudah..nak lintas jalan...kalau hujan boleh duduk sekali dengan kita bawah payung...kalau mengantuk pun boleh terus tidoq...


Nak lintas jalan paling senang.So bawah la carrier ye..nak p pasar baru pun senang.

Pasar baru sempit,so memang sangat bagus guna carrier.



Tip ketiga :-
Asingkan sesiap duit untuk transport,makan,airport tax time nak balik..ini penting.



Sebab xmau takut shopping terover budget.


Bila dah asingkan..dah selamat.



Tip ke-4 :-
Bawa baju sehelai sahaja.huhu..sebab sure nanti kita akan beli baju banyak.



Tapi kalau badan jeneh gatai,kena pakai baju yang basuh dulu,bawa la baju lebih.hahaha



Tip kelima :-
Makan anak.ada orang bawa nestum..pada yang xbagi anak makan makanan instant,anda boleh la bawa couscous dengan rolled oat.

Rolled oat tu blend kering sampai halus.

Nanti nak masak guna air panas yang mendidih tu ja..macam aku bawa warmer..so aku panaskan air guna warmer ja...




Ni gambar warmer yang aku guna dan bawa..dia 2in1..dalam kereta pun boleh guna.




Just masukkan air dalam tu,masukkan air masak dalam bekas biru tu,masuk couscous panaskan..



Bekas dia BPA FREE.mudah kan??dah boleh elak bagi instant food masa travel.



Saiz warmer ni kecik molek ja..xmakan space pun..beli bekas hat kecik-kecik.

Aku beli brand tepawe tu..6bekas kecik RM15



Comey kan??..aku beli dekat bangunan PKNS.



Tip keenam :-
Beli sesiap mangga kecik,untuk guna lock beg masa balik.

Dekat pasar baru ada jual,tapi kena tawaq gila-gila.ikut nasib dapat murah..so better standby sesiap.

Pasepa beg kena lock masa balik???sendiri pikir ok..hahaa



Tip ketujuh :-
Jangan makan di kaki jalan sepanjang di bandung kalau perut jeneh tak tahan.

Takut sakgi cirit birit.aku dengan eli xmakan hat tepi jalan.sebab tak tau ketahanan perut kami tu macamana..so xmau ambik risiko.



Tip kelapan :-
Booking hotel awal sebulan sebaiknya.selalu buka agoda,sebab agoda selalu buat sale untuk hotel.



Tip kesembilan :-
Printout map untuk study.waaaah..hahaa..ini untuk yang pergi sendiri mac kami..xada pak supir..dan bukan p dengan travel agent.

Bab ni husband yang buat.dia printout map dari hotel kecpasar baru kalau jalan kaki berapa KM..ke jln riau berapa KM,ke umah mode berapa KM..

Memang sangat membantu.huhu


Tip ke sepuluh :-
Jangan bagi sedekah dekat budak-budak if kita dok berjalan.

Sebab sakgi kena serbu.macam aku,riki line dulu before bagi..

Sebab sakgi start bagi sorang,dia bawa geng.


Itu ja kot..
Aku dengan eli p sendiri ye.bukan dengan travel agency..


Bye.


Safiyyah osman.

3 comments:

MNA FASHION said...
This comment has been removed by a blog administrator.
MNA FASHION said...

saya nak ergo fake ni

tony transport bandung said...

Assalamualaikum Wr.Wb. Tuan / Puan
Mutiara Bandung Transport Solution menyediakan Khidmat Transport Di Bandung & Jakarta. Pemandu berpengalaman, mesra, jujur, dan peramah
Free & Eazy Program Tour (semua tempat di bandung)

Kereta + Pemandu + Parking + tol + makan pemandu ( semua dalam pakej)

Rate Kereta Taip Daily/14 hour from 8am yo 10 pm

Suzuki APV ( 7seat ) 130 RM

Toyota Avanza ( 6seat ) 130RM

Toyota Innova ( 7seat ) 160 RM

KIA Pregio ( 10seat ) 170 RM

Isuzu Elf ( 10-15 seat ) 215 RM

Isuzu Elf Long (16-19seat) 270 RM

Mengenai untuk pengesahan tempahan kereta kita perlu maklumat penerbangan anda / nombor atau nama hotel di mana anda tinggal di Bandung. Kami percaya pelanggan kami. Apabila anda mengatakan bahawa tempahan kereta untuk tarikh tertentu disahkan, maka ia disahkan. Kita tidak memerlukan wang pendahuluan . Sila ingat bahawa Kami akan menjemput anda jika anda mengatakan bahawa tempahan kereta disahkan.
Jika anda mempunyai sebarang soalan, jangan teragak-agak untuk menghubungi saya melalui e-mel atau sms panggilan.
CALL / hubungi / sms / whatsapp / konsultasi percuma : +62 858 6137 8328
WhatsApp : +62 858 6137 8328
pin blackberry : 30D1 82F0
email:
tonybandung@smartfren.blackberry.com
or
tonytransportbandung@gmail.com

Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016