15 October 2012

Penjelasan dan PErkembangan mengenai produk TYT dari Syarikat Hong Yang Hoo Pharma Sdn Bhd.

Aku dapat email dari pihak TYT.aku copy paste jala ei penjelasan dari pihak syarikat TYT

Dibawah email puan kavita untuk aku..
Email ni aku terima hari ni.(15.10.2012)

Puan Safiyyah ,

Bagi pihak Hong Yang Hoo Pharma Sdn Bhd, terima kasih kerana mengambil tahu tentang perkembangan terkini syarikat TYT dan produk-produk jenama TYT.

Merujuk catatan blog puan bertajuk ‘INFO PENTING: MIinyak TYT Diharamkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia’ ( http://sweetlikekisses.blogspot.com/2012/07/info-penting-minyak-tyt-diharamkan-oleh.html) bertarikh 31 Julai 2012, kami ingin menjelaskan bahawa kesemua produk TYT yang berada di pasaran adalah selamat untuk digunakan. Produk TYT seperti Herba Mandian Bayi, Mandian Herba Bersalin, Herba Rendaman Kaki dan Minyak Daun Ubat terus mendapat sambutan ramai kerana kemudahan penggunaannya dan kemujarabannya. Kesemua produk ini telah diuji keselamatan dan kualitinya berdasarkan peraturan yang ketat, dan telah terbukti selamat untuk digunakan.

Hanya produk Twee Hong Suah sahaja yang telah dipanggil balik dan tidak lagi dikilangkan. Sejak Disember 2011, kami telah menggesa pengguna dan penjual yang memiliki produk tersebut agar memulangkannya bagi tujuan penghapusan. Kami telah mematuhi kesemua peraturan dan undang-undang berkaitan pemanggilan balik dan penghentian pengeluaran produk Twee Hong Suah ini.

Kami berasa khuatir apabila sesetengah bahan ramuan yang digunakan di dalam produk Twee Hong Suah tidak memenuhi piawaian ujian, dan selepas kes ini tahun lepas, kami telah mengambil langkah sewajarnya dalam memastikan kesemua bahan yang digunakan di dalam produk kami adalah yang terbaik kualitinya serta selamat untuk pengguna pelbagai peringkat umur.

Di sini kami ingin meminta jasa baik puan agar berkongsi maklumat ini dengan pembaca blog puan. Kami yakin mereka juga pernah menggunakan produk TYT dan ingin terus menggunakannya.

Jika puan memerlukan sebarang bantuan atau maklumat lanjut, hubungi kami di info@tyt.com.my.

Terima kasih.

Kavita Nair
Consultant
Rantau PR Sdn Bhd
C-27-07, 3 Two Square, No. 2, Jalan 19/1, 46300, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +603 7955 7269 | Fax: +603 7954 2278 | Mobile: 012 322 6301
www.rantaupr.com.my | facebook.com/rantaupr | follow us on twitter @ RantauPR

1 comment:

Riana said...

alhamdulillah..baru la yakin nak guna kan..hehee..tq safiyyah =)

Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016