iklan berbayar. 50/month








Food adelia : vege couscous with chicken.

Semalam p tesco puchong cari couscous,rolled oat,tofu,bayam merah,carrot..macam macam lagi beli untuk prepare food adelia.

Tesco puchong ada tempat khas untuk sayur organik,dekat nilai ni nan ado.

Dalam kepala memang dah plan nak bagi adelia makan couscous.

Couscous nie macam oat juga.xpayah susah-susah masak.senang dan simple.

Dia sejenis makanan yang duduk dalam kumpulan kabohidrat juga.kira ganti nasi.nak detail pasal couscous goggle no...hehe..

Menu kali ni simple ja.

Couscous
Isi ayam(potong kecik-kecik or nak cincang pun boleh)
Labu
Carrot
Brokoli(letak sikit ja, jgn banyak sebab brokoli ni banyak "gas"..takut xngam dengan perut baby)
Bayam merah
Olive oil for dressing

Cara masak senang.macam aku masukkan semua dalam steamer n blender avent tu.masukkan air untuk di steam selama 20minit.

Kalau yang guna periuk boleh ja rebus semua sekali.

Dah 20minit,toskan air dari steamer n blender tu sikit.

Couscous ni pulak panaskan air dalam pan sampai mendidih,pastu masukkan couscous,kacau dalam 2 3minit tutup api,tutup pan.biaq dulu sampai couscous kembang.

Toskan air couscous.masuk dalam blender.blend sekali sampai lumat.

Kalau anak dah ada gigi xyah blend,just gaul ja sekali dengan sayur n isi ayam tu.

Last,masukkan olive oil before suap baby,gaul-gaul n suap!

Adelia suka.habis dia makan.seronok gila tengok anak makan habis.

Adelia memang suka bayam dengan labu la.bila aku masukkan bayam or labu ka dalam makanan sure licin dia makan.

So far dia makan labu xpernah kembung lagi.alhamdulillah.

Peas pun dia suka.pepagi breakfast aku just steam peas ja untuk dia makan.licin gak dia makan.

Dia suka benda hijau.hehe..

Kalau ada resepi baru yang aku cuba aku share lagi.

Bye.