18 October 2012

Cerita pasal adelia.

Now adelia dah nak masuk 8bulan.xlama dah.rasa sat ja dia dah besaq..


So far syukur alhamdulillah sehat walafiat.berak ok,demam selesema batuk pun xada.tidur xbunyi.alhamdulillah.


Dia makin melasak.makin sweet.makin pandai gelak.makin cerdik.semua makin-makin la..hehe


Dah pro bab melasak ke depan,ke belakang..dah mula pandai tengok or pay attention pada tv.

Kepala memang steady habis dah sekarang.

Macam biasa,bela nur adelia ni mudah.susah la dia nak merengek.makan kenyang..letak dekat playground dia..main la dia sorang-sorang sambil mulut potpetpotpet..tup-tup lena.


Sekarang kalau potpet yang keluar dari mulut dia.. "Maaaa maaaa mamama....daleli.."

Macam-macam lagi dok keluar,cuma yang betul boleh tangkap yang mamama tu la..aku pun gigih la dok cakap juga ikut bahasa dia. Haha


Dia macam faham ja..pastu gelak-gelak.hahaha



Dia dah xtakut dengan orang,pelik aku..kadang makin besaq makin xmau dekat orang..ni dak..semua orang dia mau.

Cuma dia xboleh kalau orang sembang kuat-kuat ja depan muka dia,or kalau kita buat-buat caka dengan nada serius pun dia dah nangis.huhuhu..sensitive lebih.


Haritu ada customer datang rumah,duduk sembang-sembang..dia sendiri macam xcaya tengok adelia sangat behave.


Relax ja dia sambil-sambil aku sembang dia buat hal sendiri,siap lena lagi.padahal mak dia kalau sembang suara macam tertelan mic.hahaha


Maybe kenan sikap berdikari ni dari aku kot.aku stay 6bulan dekat kulim sorang-sorang.malam-malam lapaq p kedai makan sendiri naik moto kawan.ada hari jalan kaki ke kelas.sakit demam semua sendiri ja p klinik naik moto..kadang p giant sorang-sorang beli barang.ulang-alik naik bus p sepang.semua sdn bhd.sampai perut dah besaq.so maybe dia terkenan kot.


Memang jadi mudah la kerja aku.mudah nak settle kerjarumah,nak masak..nak buat apa senang sebab dia xkisah pun aku xda depan mata dia.

Syukur alhamdulillah.


Lagi satu,aku xajaq dia berdukung.husband nak dukung dia kerap-kerap pun aku xbagi hahaaa..yala sakgi dia ketagih jenuh aku.apa pun xboleh buat.sobsobsob


Lepas makan,bagi ayaq masak/air zamzam..burp seround terus letak bawah..kadang-kadang dia menangis juga sebab sedap kita angkat dia..tapi aku buat bodo ja.dia nangis sat pastu dah diam...layan diri.



Malam-malam dia senang tidoq,cuma selagi kita xtutup lampu selagi tu dia berjaga.so aku dah train dia.once aku tukaq pampers,bancuh susu dan tutup lampu,itu masa untuk dia tidoq.so dia memang dah tau dah masa bila dia patut lena sampai ke pagi.

Antara waktu 7pm-11pm,dia akan buh tidoq dulu seround.dalam pukul8 tu dia akan tidoq..sampai pukul10 or pukul9++..

Sakgi dia bangun main-main dengan aku,baru aku ajak dia masuk tidoq..dia pun minum susu,golek-golek 15round..dia akan lena sendiri.


Cuma adelia sekarang bila tidoq dia suka meniarap dengan mengiring.memula aku risau juga,tapi bila tengok dia pandai handle posisi kepala dia,rasa lega la sikit.now adelia tidoq pun dah xpakai bantal.


Adelia makan xmemilih,cuma dia kureng nak makan ikan salmon.puas aku pikir macamana nak potong bau ikan bila masak makanan dia..now dah ada idea dah macaman nak potongbau ikan tu..aku letak kurma sebiji.haaa licin dia makan.sebab bila letak kurma bau ikan tu macam hilang.


So buat masa ni dia makan semua benda.paling dia suka bayam,labu,peas.


Adelia dia alergik brokoli dengan couscous.bila makan macam naik bintik-bintik merah belambak dekat area leher,mulut,lengan.tapi bila bagi makan ubat homeopati dok dua jam gitu hilang.


Apa lagi nak cerita...hurm...


Haaaa..adelia sekarang tengah gigih belajaq merangkak.hehehehe..lawak na..dia dah boleh bangun duduk posisi merangkak..tapi dia xpandai lagi nak tune.so dia just goyang badan dia jala sampai dia lenguh dia meniarap balik..hehee..hari-hari dok buat benda yang sama.

Tertonggeng-tonggeng la punya dok prektis nak merangkak.


Main ayaq liuq pun feberet juga,tapi kadang-kadang ja.adelia sampai sekarang suka jolok tangan masuk mulut sampai keluar bunyi "uweeekkk".
Suka sungguh dia..xlarat nak gelak dengan teguq dah.

Adelia bangun pagi selalunya pukul10..kadang tu kalau dia dah tjaga pukul7,bagi susu dia lena balik..nanti pukul11 gitu bawa bangun.so jarang dia nak breakfast,aku terus suap untuk lunch ja.dalam pukul1 gitu.sebelum dari tu memang bagi susu jala ke dia.


Adelia now 100% minum susu fm.dia pun dah reject breast mak dia huhuhu..aku sua pun dia buat muka macam benda tu xsedap.


Tapi ada sekali,dia nak susu pastu aku bagi susu bdan,dia hentam juga minum sampai stim-stim mata hahahhaha..pastu dia baru sedaq kot terus lepas n mata jadi bollaat ja hehee.


Nanti 29.10 ni dia checkup.hope semua ok.ketaqqqqqqq...


5 comments:

Wawa said...

eeee. comelnye! da nak merangkak dah kan. ;)

Hana Soffelia said...

Bez kan ada anak dara, dah besar sikit leh tlg kemas rumah. ahaha

deno said...

wah... adelia dah boleh merangkak! mesti tak sbr nak tengok adelia berjalan kan... tp nanti dah dapat kaki.... semput mama ngan papa nak kejar... hihi :)

Mimy Hamid said...

adelia cantik bila nak jumpa lagi ni..dulu kecik je

yana aka heart^bee said...

suke nama adelia..muka dia sebijik macam mak dia la.. :)

Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016