28 July 2012

mee soto,menu berbuka hari ke -5 ramadhan.

assalamualaikum.. hye peeps.


soto nie feberet aku.masa anak dara memang suka tolong mak buat mee soto. ^___^.

aku google resepi.sekali jumpa mee soto yang masyallah sedap sangat.xsempat nak snap gambar pun...sebab makan kalut-kalut.

tapi serius sedap resepi yang aku ikut.

ihsan google.


resepi yang aku ikut dari blog :: teratak chetam


resepinya.

A. Sup
1. Satu ekor ayam, direbus di dalam 1.5 liter air dan diangkat, siatkan
dagingnya dan masukkan semula tulang ke dalam stok (Note: Ada yang suka goreng dulu ayamnya selepas rebus, sebelum disiat)  ** aku guna 6ketul ayam yang di potong 16.
2. Satu ekor ayam - rangkanya sahaja, direbus di dalam air yang sama, optional  ** tak letak.
3. 10 ulas bawang merah kecil, dikisar **aku letak 5ulas saja.
4. 10 ulas bawang putih, ditumbuk **aku letak 4ulas.
5. 2 inci halia muda, ditumbuk **letak 1inci ja.
6. 1 inci lengkuas, ditumbuk  **tak letak.
7. 2 batang serai, dikisar bersama bawang  **1batang serai ja aku letak.
8. Satu peket rempah sup Adabi, dibuat pes.  **nak buat pes,rempah sup tu tambah air.tapi jangan bagi cair.bagi pekat.
9. 3 sudu besar ketumbar (disangrai dan di kisar halus)  **1sudu ja letak.
10. 20 biji lada hitam, dititik  **10 biji ja letak.
11. 2 biji buah keras, kalau suka  **tak letak.
12. 1.5 liter air, digunakan untuk membuat stok ayam - renih
sekurang-kurangnya satu jam
13. 3 sudu makan minyak masak  **2sudu ja letak.
14. Gula dan garam

Cara buat sup 
1. Pijarkan minyak
2. Tumiskan bahan yang ditumbuk/dikisar sehingga terbit bau
3. Masukkan ketumbar dan lada hitam, biarkan sehingga pecah minyak
4. Masukkan pes sup, biarkan sehingga naik bau
5. Masukkan stok ayam (bersama tulang) dan buah keras
6. Didihkan dan sesuaikan gula dan garamnya

B. Pegedil   **aku xbuat bergedil.
1. 5 biji kentang kuning, sederhana besar, dihiris dan digoreng hingga empuk, tumbuk
2. ½ cawan udang kering, dibasuh dan digoreng garing
3. ½ cawan hati ayam, digoreng dan dicincang halus
4. 5 ulas bawang merah kecil, digoreng sebentar
5. 3 ulas bawang putih, digoreng sebentar
6. 4 biji cili merah, digoreng sehingga pecah kulit
7. 2 sudu makan ketumbar, disangrai dan ditumbuk
8. 10 biji lada hitam, dititik
9. ½ cawan daun saderi (sup) dan daun bawang (dicampur)
10. Sesudu teh garam (atau lebih jika suka masin) dan sesudu teh gula, secukup rasa
11. 2 biji telur, dipukul
12. 2 cawan minyak untuk menggoreng

Cara buat bergedil 
1. Tumbuk udang kering bersama bawang merah, cili dan bawang putih
2. Masukkan ke dalam kentang yang telad ditumbuk
3. Masukkan ketumbar, lada hitam, hati ayam, daun saderi (sup) dan bawang
4. Masukkan garam dan gula, gail rata
5. Kepalkan adunan (anggaran dua sudu makan setiap satu), bulat dan leperkan.
6. Masukkan kedalam perti sejuk selama satu jam, untuk mengekalkan bentuknya supaya tidak mudah lerai bila digoreng.
7. Panaskan minyak
8. Salutkan pegedil dengan telur, sehingga rata litupnya dan goreng sehingga berwarna keperangan.

C. Sambal kicap  
1. 15 biji cili padi, goreng hingga pecah kulit  **7biji cili padi ja aku guna goreng letak minyak yerrr.
2. 6 ulas bawang putih, goreng bersama cili **aku guna 2ulas bawang putih.
3. ½ cawan kicap manis
4. 1 biji limau nipis/2 biji limau kasturi  **aku guna dua biji limau kasturi 
5. 3 sudu makan gula  **1sudu ja aku guna.

Cara buat sambal 
1. Tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat
2. Masukkan gula, gesek-gesekkan dengan anak lesung (jangan tumbuk nanti sambal akan jadi pijar)
3. Masukkan kicap dan perahkan limau
4. Kacau rata dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum dihidangkan.

D. Bahan Hidangan  
1. Nasi himpit, dipotong dadu  ** aku guna 1bungkus mee.
2. Daging ayam (yang direbus - A), disiat-siat
3. Taugeh, dicelur (atau boleh dibasuh sahaja)  **aku basuh ja,xcelur.
4. Suhun, digoreng
5. Bawang goreng
6. Daun saderi (sup) dan daun bawang
7. Limau nipis, dipotong (optional)

resepi yang chetam nie bagi untuk buat open house yer..
aku buat untuk 3orang makan.


so sapa yang nak buat open house ikut sebijik-sebijik resepi nie..
kalau nak buat sikit macam aku,boleh ja follow apa yang aku letak,sebab memang sesedap rasa.

sambal dia paling terbaik.


selamat mencuba.

5 comments:

laskar pelangi said...

tgk gmbr terus rasa nak makan jer..hik3 =D

zacky786 said...

pergh mee soto pulak ;

Cik Zaniff said...

macam sedap..leh buat nanti..TQ utk resepi..:)

Aerzee Fathenee said...

kami suka sangat makan soto. tapi tak reti nak buat. mak kami cakap, dia bakal bankrupt kalau setiap hari kami dok beli. hehehe next weekend boleh buat sendiri nih! :P

nabila anith said...

Buat la kat kak pya oi...dapnyaaa.....

Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016