19 March 2012

Peranan suami semasa isteri dalam pantang.

Bila dalam pantang,mental kena kuat.kalau tak kuat boleh jadi gila meroyan.bila dah jadi gila meroyan peratus suami nak blah tu tinggi.huhuhu

So untuk elak dari jadi gila meroyan,suami memainkan peranan penting.bagi support pada isteri 100%.

Ingat senang ka nak bersalin..nak melalui moment-moment masa berpantang.nak kena jaga jahitan dekat miss V lagi..malam-malam nak bangun tukar pampers baby lagi..nak susukan baby tiap 2jam..kena tahan sembelit lagi..Sangat mencabar bila dah jadi ibu nie.

Kalau tanya aku,aku buat masa sekarang memang serik nak pregnant dan bersalin lagi.insyallah lepas pantang aku terus nak p pasang implan dekat lengan.

suami-suami yang bijak pandai sekelian..hahaha..jangan rasa bila dah p hantaq isteri balik kampung untuk pantang,tanggungjawan hg dah settle..

Jangan buat-buat sibuk kerja sampai nak call isteri sehari 5kali pun xboleh.

Tahukah anda para suami bahawa isteri anda sangat memerlukan sokongan anda.

Suami adalah kekuatan isteri.

Kalau boleh,jangan la call or msg hanya nak tanya pasal baby saja..terkilan hati isteri.

Call dan msg tanya la pasal kesihatan isteri juga.tanya macamana jahitan dekat miss V tue..ok ka dak..bagi kata-kata semangat..

Contoh : "I xberenti doa untk u syg..hope jahitan u ok..u kena selalu keringkan bahagian tu ok.jgn lupa mint nurse check..kalau sakit ka,or ada xkena jgn lupa bgtau I.."

Ha contoh la..

Bahagian jahitan tue paling susah nak jaga sebenarnya,isteri xboleh nak lasak-lasak..tapi terpaksa lasak juga..yala..nak kena bangun tukar pampers baby..nak kena duduk susu baby..tempat jahitan tu sangat sensitif..mudah nak tertetas..

Bila tertetas,nak kena p jahit balik..sakit wooooohh!

So suami..ringan-ringan mulut tanya psal jahitan tu..nak tolong tengok untuk isteri xboleh sebab jauhkan..

Jangan lupa,tiap kali call buat la lawak-lawak bodoh sikit bagi isteri gelak..jangan la call buat serius..jangan call seminit.

Call sembang lama-lama sikit.bagi isteri rasa seronok.sebab dalam pantang ni serius akan rasa macam fakap sikit.

Dah la nak berak sembelit..nak kena jaga jahitan tue..tidoq xcukup...kalau suami call seminit,cakap serius-serius..pastu just call sebab nak tanya psal baby ja..kesian isteri.mesti rasa tersisih. Ye dak?

Last but not least,suami selalu -selalu la..kalau boleh hari-hari msg cakap rindu isteri..sayang isteri..xsabar nak tunggu isteri balik rumah...ayat-ayat tu boleh buat hati isteri berbunga-bunga..isteri akan rasa dihargai..rasa berbaloi kesusahan yang dia rasa untuk lahirkan zuriat berbaloi.

Bukan kena duit pun nak buat isteri rasa diperlukan.

Selamat berpantang pada yang berpantang macam aku di kampung. :)

Tata.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

~ NANA ~ said...

harap2 la suami dpt cuti lama time nana dlm pantang nanti :(

Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016