6 February 2012

Resepi :: nasi lemak sambal ikan bilis.

1st time buat nasi lemak sendiri. Xada la susah mana pun.senang.

Sebab 1st time buat terus jadi,nasi xlembik..cuma kurang santan sikit,nasi xberlemak.

Nie resepi dari mak,so aku kongsi dekat sini.

Bahan untuk nasi :
3gelas beras *gelas sederhana tinggi tu*
2gelas santan pekat
2gelas air
4keping halia di hiris sedehana nipis*ketuk sikit*
2batang serai*ketuk*
2helai daun pandan*simpulkan*


Cara masak nasi :
1. Basuh beras,toskan.biar dalam ricecooker.

2. Masukkan halia,daun pandan,serai,air dengan santan.sukat ikut sukatan nasi yang selalu kita masak.kalau lebih,buangkan sikit.kalau kurang tambah santan or air(salah satu).pastu masak macam biasa.

Settle part nasi.


Bahan untuk sambal ikan bilis :
10biji Cabai kering *blend*
2ulas bawang besar *blend*
5ulas bawang merah *blend*
2ulas bawang putih *blend*
sedikit ikan bilis *blend* (jgn sikit sgt)
sedikit belacan *blend*
1ulas bawang besar *potong biasa*
Segenggam ikan bilis
Air asam jawa
Garam
Gula melaka
3senduk minyak masak (minyak masak kena banyak)

Cara masak :

1. Panas minyak masak sampai betul-betul panas.tumis bawang besar yang dipotong biasa tue,jangan sampai garing.

2. masukkan semua bahan yang diblend dan tambah 1gelas air,kecilkan api dan tunggu sambal pecah minyak dan masak.

3. Bila dah pecah minyak,sambal dah sedikit kering,masukkan air asam,gula melaka dan garam.

4. Gaul rata,kemudian masukkan segenggam ikan bilis.tunggu sampai mendidih.tutup api.

Siap!

Boleh la makan dengan ikan bilis goreng,timun,telur rebus,kacang goreng.


P/s: minyak kena banyak baru cabai masak.kalau x,cabai xmasak rasa masam dan xsedap.

P/s: cabai kering tu make sure rebus dulu untuk elak sakit perut.


P/s: kalau nak buat sambal ayam,just gantikan ikan bilis yang segenggam tu dengan ayam.make sure ayam tu goreng dulu.

p/s: minyak yang naik atas cabai yang dah masak tue boleh buang guna senduk,biar tinggal sedikit ja,so xla berminyak sangat sambal tu nanti.(buang time dah tutup api)

Sharing is caring.


Tata.

4 comments:

laskar pelangi said...

peveret nasi lemak :)
tp xleh nak makan selalu.nanti obesiti plak kan? Hihihi :)

ZYASH said...

Oh, bace entry ne buat lapa lah... Sok nak buat nasi lemak lah....

nanakimie said...

nana mntak izin simpan ye resepi neh,bolehkan?:)

kot nanti teringin nk try buat sendiri,hehe....thanks ye:)

Mas Mohamad said...

Nk try wat sambalnye lh...

Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016