iklan berbayar. 50/month



nama-nama anak jin..

assalamualaikum.. hye peeps.

aku kadang pelik bila orang yang hidup zaman 2000 boleh jadi dungu macam orang hidup zaman komunis.ras macam pelik gila..macam bodoh pun ada..

aku baru baca dekat facebook..yang kita xboleh namakan anak -anak kita dengan nama

1.qistina
2.batrisya
3. najwa
4. zakuan
5. erisya
6. balqis

sebab apa xboleh namakan anak kita dengan nama tue??sebab tue nama anak jin...nama tue boleh datangkan penyakit misteri...KAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAH

part tang penyakit misteri tue memang LAWAK.

info nie dapat dari ustaz sharhan shafie..apa kita dengar,xsemua boleh percaya...kena rujuk pada ustaz-ustaz lain juga...sebab tak semestinya dia ustaz semua apa yang dia cakap tue betul....

so aku tengok ramai la yang mengelabah....siap cakap yang dah letak nama anak qistina....najwa...kenapa lepa mengelabah?????sebab takut ANAK KENA PENYAKIT MISTERI???kahkahkahkahkah

gila!

nie benda yang aku baca tue..

Dalam rancangan Tanyalah Ustaz TV9, Ustaz Sharhan Shafie pengamal perubatan Islam menyatakan nama² berikut merupakan antara nama² anak Jin.. walaupun maknanya bagus.. kerana nama² ini boleh mendatangkan penyakit misteri..

1. Balqis
2. Qistina/Kistina
3. Najwa
4. Zakuan/Zaquan
5. Batrisya
6. Erisya

Jadi janganlah sesekali mengambil nama² diatas untuk nama anak² kita.

PERINGATAN dari Ustaz Sharhan Shafie, kepada mereka² yang bernama yang sedemikian TIDAK perlu untuk MENUKARKAN nama tetapi perlu menukar PANGGGILAN kepada yang lain.. sbgi contoh klu SITI NAJWA.. dari dipanggil Najwa ditukarkan kepada SITI.. ^^



aku tak pernah lagi la dengar yang tue nama anak jin...ayah aku pun xada la pernah pesan yang jangan letak nama anak dengan nama-nama ustaz tue cakap.....

adik aku sendiri nama najwa...nama yang maksud dia cukup baik dalam islam...jin pun suka buh nama anak nama islam no..kira jin tue jin islam la...jin islam baik...taat allah juga...bukan jin kapiaq...

kira ok la jin letak nama anak lepa nama islam...balqis tue nama isteri nabi sulaiman...batrisya pun maksud baik...awat jin tue xmau buh nama azura????maksud nama azura adalah taik kucing kering..ha lagi elok dan misteri...HAHAHAHA

aku bukan nak kata ustaz tue salah ka apa..aku cuma pelik...dan aku pelik ada tak hadis ka..apa2 ka yang ada mention pasal nama-nama nie nama anak jin dan boleh bawa penyakit misteri.....

dan ramai dah aku tengok mengelabah ..HAHAHA...pakat nak share benda bodoh xmasuk akal nie...

kita allah bagi otak suruh pikir..bukan suruh percaya semua benda...dia suruh pikir...kalau tak boleh pikir rujuk pada orang yang ilmu tinggi....pastu pikir..

ramai ja kawan aku nama qistina...najwa...xada pulak dok dapat penyakit misteri....

sesungguhnya aku tak boleh terima part kata BAWA PENYAKIT MISTERI...

lepas nie makin ramai la xmau buh nama anak yang maksud baik -baik..mula la nak buh nama anak ikut nama
anak mat salleh dan minah salleh sampai makna pun xdak....sebab sakgi buh nama ada makna elok dalam islam jadi nama anak jin pulak..pastu sakgi dapat PENYAKIT MISTERI PULAK...HAHAHAA

jin pun pandai pilih nama anak dia nama islam...awat xbuh nama isabella...erin..veronica..citra...nama yang sah-sah xda maksud elok..

xkisah la nama anak kita nama anak jin pun....selagi dia solat tak tinggal...selagi diri dia dekat dengan allah,insyallah allah pelihara...sakit misteri tue semua datang dari allah..bukan dari sebab nama anak kita dari nama anak jin...

ada otak pikir dan jangan terus percaya.pikir panjang dan jangan mengelabah terok sangat..nie zaman berlian bukan zaman batu.

Info lain yang aku nak tambah yang meniyakan bahawa xada nama yang boleh bawa penyakit misteri

1. "Saya baru sahaja menghubungi Dato' Dr Haron Din berkenaan nama-nama yang dikatakan anak JIN, beliau MENOLAKNYA dan juga menggunakan ayat 65 surah an-Naml menolak pengalaman tertentu sesiapa jua yg mengatakan nama2 tertntu boleh membawa penyakit misteri. Cuma hanya ada nama JIN yg disebut di dalam hadis shj yag elok tidak digunakan spt Azazil, Wiswas, Khannas, Murrah, Harb, Soba & brbp yg lain disebut dlm hadis, Itupun tidak sohih jika guna maka akan kena sakit misteri. Ia bercanggah dgn Al-quran."



tq.

tata.
P/s: puan-puan dan tuan-tuan sebelum komen sila baca dan fham apa yang aku tulis..aku xpelekehkan ustaz jin tue..aku sembang pasal "nama yang boleh bawa penyakit misteri"..


P/s :: aku xdak ilmu bab jin..tapi aku tak bodoh nak percaya nama anak yang konon nama anak jin tu boleh bawa penyakit dekat anak aku..sebab aku percaya,setiap kejadian yang berlaku datang dari allah..bukan datang sebab nama anak serupa dengan nama anak jin.

Lagi 1,baca entry aku paham betul-betul apa yang aku pertikaikan..


zaman sekarang tak semua ustaz boleh diterima pakai....sekarang nie pandai baca doa dalam sesuatu majlis pun orang dah claim kata "ustaz"..