1 October 2011

resepi :: nasi ayam utara.(step by step)

assalamualaikum.. hye peeps.

nasi ayam utara???sebab??..sebabbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbb..nasi dia kuning.HEHEHE.


rupa sebenar nasi ayam den.
(1.0ct.2011)



step 1(buat air rebusan ayam.)

ayam yang diperap terlebih dahulu.


bahan ::

ayam (2ketul paha, 1ketul paha sekali dada, 1ketul dada )
8biji bawang merah **
4biji bawang putih **
3inci halia **
air secukupnya.

cara masak ::

basuh ayam dan toskan.
blend bahan yang bertanda **.masukkan dalam bekas yang ada ayam.perap selama 1/2jam.(simpan dalam peti ais.tapi jangan p simpan dalam tempat sejukbeku pulak..)

lepas 1/2jam
didihkan air dalam periuk.(make sure air akan menutupi ayam)
bila mendidih,masukkan bahan yang diperap bersama dengan ayam-ayam sekali.(perlahankan api dan tunggu ayam setengah masak).

bila ayam dah 1/2masak ::
tutup api dan ketepikan ayam.



step 2 (perap ayam)

bahan::

1 1/2senduk sos tiram
kicap manis cap kipas udang(ikut suka nak banyak mana)
kicap pekat tamin(ikut suka nak banyak mana)

cara -cara ::

ayam yang diketepikan di letakkan dalam bekas dan masukkan 2 senduk air rebusan,(kalau nak kuah kicap banyak 4 5senduk air rebusan pun xapa).
masukkan sos tiram,kicap pekat,kicap manis ke dalam bekas yang ada air rebusan & ayam.kacau bagi rata.
perapkan selama 1jam dalam peti ais.


step 3 (nasi ayam)

bahan :: 

3 gelas beras
5biji bawang merah**
3biji bawang putih**
1inci halia**
2biji buah pelaga
2biji bunga lawang
2inci kayu manis
2helai daun pandan
2sudu minyak masak @nak ganti dengan butter pon boleh
air rebusan ayam
kiub pati ayam
1sudu kecil serbuk kunyit.
garam
gula

cara-cara::

blend bahan yang bertanda ** bersama.
basuh beras dan toskan.biarkan dalam rice cooker.
panaskan minyak dalam kuali,tumis bahan yang telah di blend tadi dan masukkan buah pelaga,bunga lawang,kayu manis,daun pandan,gula ,garam.
apabila mendidih,masukkan air rebusan ayam(agak sendiri banyak mana) dan masukkan kuib pati ayam dan sedikit kunyit untuk kuningkan warna nasi.
lepas dah kacau rata,tuang dalam rice cooker dan masak nasi macam biasa.kalau air xcukup,tambah air rebusan dalam rice cooker.

bahan yang ditumis dalam kuali.
*kuali zaman berzaman,hasil rembatan dekat rumah mak.
so jgn tegur.*
hehehe



step 4 (sambal merah)


bahan ::

20cili padi merah**
2ulas bawang putih**
3sudu cuka
1cawan air

cara-cara ::

blend bahan yang bertanda **.
panaskan kuali,masukkan bahan yang dah di blend dan masukkan cuka.(api mesti perlahan)
bila mendidih,masukkan air.
biar mendidih lagi sekali tutup api.


step 5( ayam goreng)

rupa ayam setelah di goreng.

cara-cara ::

minyak mesti tenggelamkan ayam dan mesti panas gila!
masuk ayam dalam minyak dan bila tengok dah masak macam dalam gambar terus angkat.
make sure api kuat dan ayam time rebus tue dah setengah masak.
so,goreng sekejap pun ayam dah betul masak.


step 6 ( kuah kicap)

kuah kicap hasil dari perapan ayam.

cara-cara ::

lepas dah goreng ayam,kuah kicap balance yang ayam punya tue,masukkan dalam kuali dan api sederhana besar,masak sampai kicap mendidih dan tutup api.



part7 (sup)

lebihan air rebusan ayam tue masak semula dan biarkan mendidih.
bila mendidih,masukkan 1kiub pati ayam,garam dan daun bawang.
tutup api.

hias dengan daun sup & bawang goreng.

6 comments:

Aida Azryn said...

whoa! nasi ayam!!! <3.<3

IzZa NaDiAh AbAs said...

nmpk sangat sedap!!bile nk buat open house ni.. :)

Hana Soffelia said...

Mcm senang je nk buat. Nak cubalah nanti. Tq. ^_^

mama irfan said...

wah sedapnya... thanks shared...

hanisah said...

Rasa nak try..cuma beras 3 gelas tu size gelas biasa la lkan..bukan cawan pot tu kan kak...sorry..beginner

safiyyah osman said...

aaa awk buat ikut sukatan beras awk pun xpa...klu awk rsa beras byk awk just tmbh ja suktan air nk msuk dlm nasi tu k

Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016