31 October 2011

resepi :: asam pedas ikan merah.

assalamualaikum.. hye peeps.

gambar :: google


disebabkan lapar tak hengat semalam...terus makan terlupa nak snap..+segan pulak aku nak snap time husband dah duduk depan makanan...

resepi dia dari my mum..


meh tengok bahan-bahan dia..

cabai kering, bawang putih,bawang merah,ikan bilis,belacan
blend semua bahan nie sekali.
+ air.


serai,daun limau purut,tomato,bendi,bawang putih,bawang merah 


bahan yang xada dalam gambar::
1ketul isi ikan merah (besar tapak tangan)
pes asam pedas adabi (dikisar bersama bahan yang perlu dikisar)
1mangkuk kecil air asam jawa adabi
1mangkuk kecil air kosong


cara-cara

1.tumis bawang merah +bawang putih sampai naik bau dan garing.
2.masukkan serai dan bahan yang dikisar.
3.masak bahan tue bersama-sama sampai bahan tumis hampir kering serta pecah minyak dan masukkan ikan.
4.masukkan air asam jawa dan daun limau purut dan tunggu mendidih,make sure api slow.
5.tambah air kosong dalam 1mangkuk kecil,biar mendidih.
6.masukkan tomato dengan bendi dan tunggu bendi masak.
7.perasakan dengan garam dan gula.

SIAP!

senang bukan????


p/s :: make sure,bahan kisar tue garing dan pecah minyak.
p/s 2 :: jangan kacau kerap sangat bila dah masukkan ikan,takut isi ikan hancur.



next :: resepi sup sayur campur.

1 comment:

Shu Shinju said...

sedapnyeee..teringat asam pedas ikan pari mak saya..huhu..

Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016