20 October 2011

Perubahan fizikal ketika hamil. must read!

assalamualaikum.. hye peeps.


keadaan fizikal serius jadi 80% lain dari fizikal zaman anak dara bila dah pregnant....terkejut ai tau!sometime rasa macam xboleh terima....tapi bila pikir ada budak kecik dalam tummy,relakan saja....orang cakap,NORMAL. semua orang alami benda yang sama.

setengah suami,aku rasa dia mesti komplen...tambah lelaki yang baru nak dapat 1st baby....contoh husband aku sendiri...komplen juga...tapi nak buat macamana....sabar jala....

paling ketara,dan paling yang akan kita perasan adalah warna aerola kita memang berubah GILA-GILA-GILA!!kalau dulu pink -pink...xpun warna coklat cerat molek ja...tapi bila dah ada baby dalam tummy...dia dah tukar jadi ke kokoan tahap maksima...hitam pun ada aku rasa.

meh menangis sama-sama..HAHAHAH  T___________________________T


dan aku ada search extra info untuk share dekat sini....meh tengok n baca.

 1.   Rahim
        >>    Menjadi lebih besar.



pengalaman aku :: nurse akan check rahim kita membesar banyak mana dengan ukur guna pita ukur kot..aku baru kena sekali ja ukur....






2.    Kemaluan
        >>    Mengeluarkan cecair putih dan melekit.



pengalaman aku :: yup memang ada...dia macam putih macam susu..melekit..dan kuantiti yang keluar tue xbanyak...tapi kalau yang keluar tue jadi busuk or jadi rasa gatal dekat area vagina better pergi check ok...macam aku..cecair tue xeffect apa pon..xras gatal apa pun...






3.    Buah dada
        >>    Saiz buah dada akan bertambah dan terasa lebih berat.



pengalaman aku :: padat dan bulat..KAHKAHKAH..=.="..nak kata rasa berat tue xtau la pula sebab memang aku anugerah terbesar...so dah biasa...tapi memang ada perubahan la...saiz bra pun cup dah bertukar...dan selalu la bersihkan nipple anda kalau kandungan dah masuk 3bulan..dan jangan sabun area nipple,cukup cuci dengan air biasa..buang benda putih-putih yang macam daki tue..sebab nanti boleh buat nipple tersumbat.






4.    Jantung 
        >>    Jumlah darah yang dipam oleh jantung akan bertambah. Denyutan jantung setiap minit bertambah.pertambahan denyutan ini biasanya dapat dirasakan oleh ibu yang sedang mengandung.


pengalaman aku :: rasa!.kalau berjalan laju or berjalan jauh..dada memang berombak..dan memang kita boleh rasa jantung berdengup gila-gila..






5.    Tekanan Darah
        >>    Tekanan darah akan berkurang ketika hamil tetapi tidaklah terlalu ketara dan tidak merbahaya. Bagaimanapun ia boleh menyebabkan seorang wanita mengandung terasa seperti hendak pitam apabila berdiri terlalu lama, atau apabila bangun setelah lama duduk.



pengalaman aku :: aku buat masa sekarang,ok lagi..tekanan darah semua normal..dan xada lagi la penah rasa nak pitam atau apa...untuk jaga tekanan darah,kita jangan minum langsung teh,nescafe dengan kopi..insyallah,tekanan darah akan ok bila check...






6.    Paru-Paru
        >>    Kadar pernafasan bertambah. Ketika bulan-bulan terakhir kehamilan, rahim yang membesar dan menekan paru-paru menyebabkan udara sukar memasuki paru-paru. Ketika ini, otot-otot tubuh lebih memainkan peranan membantu pernafasan. Pinggang yang sentiasa ditegakkan dan merehatkan bahu akan memudahkan pernafasan.



pengalaman aku :: buat masa sekarang boleh ja bernafas kan..cuma sometime rasa susah nak bernafas tue ada..tapi xteruk...






7.    Metabolisme
        >>    Kadar metabolisme mengalami perubahan. Selera makan bertambah dan tisu-tisu lemak pada tubuh juga bertambah.Perut semakin membesar dari bulan ke bulan. Pada bulan-bulan terakhir kehamilan, wanita akan dapat merasakan pergerakan bayi dalam kandungan. (biasanya bermula daripada bulan KELIMA kehamilan) Wanita yang mengandung akan merasakan sakit pinggang, sakit kepala dan sukar tidur pada waktu malam. Keadaan ini  tidak memberi kesan kepada bayi yang dikandungnya.



pengalaman aku :: sekarang baby dah aktif bergerak!hehehe..best!.selera makan nak kata besar  tue biasa ja...dah ok dari time mula pregnant..lagi jadi selera tinggi....sekarang dah macam boleh control dah..^___^. waktu malam dari mula pregnant memang sentiasa bangun kencing...kerap kencing. dan kaki pun dah selalu cramp...nak berdiri lama pon xboleh dah sekarang...






bagi aku,time isteri mengandung,suami la kekuatan dia..jangan la kondem fizikal isteri...kesian...sebab time-time pregnant nie,jiwa tue jadi sensitiv....bila kena kondem mula rasa diri macam xbest...confident level tue down....


sentiasa beri perhatian....sebab bukan senang bila dah pregnant....rasa macam-macam....


good luck!




to my husband :: tq kerana menjadi suami yang baik dan memahami.i love u.


bye.

2 comments:

farahadilah said...

macam best jer pregnent! kahkahkah..(ayat gatal..) tp sewios frh suka story org pregnent.... huhuhuhkk...

Abesa007 said...

dah macam doktor pulak :P

Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016