1 September 2011

resepi :: bihun sup utara

assalamualaikum.. hye peeps.


bihun sup utara.


sup daging.
1kg daging @tulang (aku guna daging sahaja)
4ulas bawang putih*
7ulas bawang merah*
halia 2cm* 
halia 2cm **
sup bunjut ADABI
bunga cengkih***
bunga lawang***
kayu manis***
buah pelaga***
bawang goreng(rincik halus bawang merah 6biji,gaul dengan garam dan goreng)
daun bawang(potong pendek)
2sudu besar minyak masak


* tumbuk lumat
** ketuk


hiasan bihun
bihun celur dengan air kunyit
sawi celur
tauge 
tauhu goreng
bawang goreng
daun sup

sambal hitam
20biji cili padi *
2ulas bawang putih*
2sudu kecil cuka*
setengah botol kicap manis cap kipas udang*
2sudu kecil garam halus*
2potong limau nipis*
sedikit air*


cara buat sup

1.panas minyak dalam periuk,tumis bahan yang bertanda * , ** dan ***,tunggu hingga naik bau dan sederhana garing.

2.masukkan daging dan air sehingga melebihi paras daging.biarkan mendidih dan daging empuk.

3. bila daging dah empuk,tambah air dan masukkan sup bunjut adabi dan biarkan mendidih.

4.bila sup dah mendidih,masukkan garam dan serbuk perasa.

5.goreng bawang merah yang dah dirincik halus sehingga garing dan masukkan ke dalam sup yang mendidih dan tutup api.

6.masukkan daun bawang yang di potong pendek.SIAP!


cara buat sambal hitam

1. blend semua bahan yang bertanda * hingga lumat.

2. masak di atas api yang sederhana kecil sehingga mendidih.

3.SIAP!!




senang gila kan???...


p/s :: make sure time masak daging bagi empuk tue sentiasa tambah air kalau air makin kering or kurang.


bye

6 comments:

wawaney said...

bihun sup utara ada taugeh eh? ingtkan bihun sup utara cabai kaler merah.hehe

Makbed said...

tengs!!!!

Makbed said...

piya... sambal hitam tuh nak nak kena taruk minyak ke masa nak masak?

safiyyah osman said...

Makbed :: xyah letk minyk..dri blende trus ja msukkan dlm periuk n masak smp mendidih..

Wanie: bhun sup versi soto..hahahaha

confirm dia said...

sedapnya!!! tringin la...^_^

fiza said...

memang sedap...balik kedah mmg wajib makan :)

www.infinitilove.blogspot.com

TQ

Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016