iklan berbayar. 50/month




Resepi :: mee rebus utara.

assalamualaikum.. hye peeps.


mee rebus + sambal sotong taruk atas.
yummmeeehhh!



bahan untuk kuah.

10biji ubi kentang (buang kulit potong kecik)
2biji ubi keledek saiz sederhana besar(buang kulit potong kecik)
8biji carrot.(buang kulit potong kecik)
15cabai kering (ikut suka nak pedas macamana)*blend*
7ketul daging(rebus dan ambil air rebusan)
10ulas bawang merah*blend*
4ulas bawang merah(di ricik)
3ulas bawang putih(di ricik)
5biji tomato*blend*

bahan hiasan

mee kuning
taugeh
sawi
kobis
daun bawang
tomato
cili merah
telur
daging


cara nak buat ::
1.bahan yang dah siap potong kecik kecik tue,di rebus.masukkan air biar atas sikit dari bahan yang dah di potong tue.rebus sampai mendidih sampai sure ubi kentang tue semua lembut.

2.bila dah sure lembut dan dah empuk,biarkan sejuk.lepas dah sejuk boleh di blend sehingga lumat.ikut suka nak lumat taqa mana.

3.cili kering,bawang merah dan tomato di blend asing -asing.

4.masukkan 3sudu minyak ke dalam periuk.minyak panas,masukkan bawang putih dan bawang merah yang dah di ricik.biarkan kekuningan.masukkan bawang merah yang diblend tadi.

5.masukkan cili kering yang dah di blend.masukkan air sedikit.tunggu hingga cili masak.

6.bila cili dah confirm masak,masukkan air rebusan daging,tomato yang dah diblend dan ubi kentang,ubi keledek,carrot yang dah di blend.kacau dan biarkan sehingga masak.

7.boleh tambah air kalau pekat sangat.

8.perasakan dengan garam dan gula.

9.bila dah siap kuah boleh la di makan.bahan hiasan tue boleh la di celur dengan air panas.


buat sambal udang,lepas tue taruk atas mee time nak makan..lagi marveles!^_____________^

bye.