23 July 2011

resepi :: ketam masak lemak cili padi versi utara.

assalamualaikum.. hye peeps.

aku rasa masak lemak cili padi utara dia xpekat,dia cair.sebab mak buat cair,aku pernha makan mak kawan aku buat *mak dia orang pahang*,masak lemak dia pekat.

ini masak lemak versi mak aku yo.





bahan -bahan

ketam dua ekor
cili padi 10biji **(nak pedas tambah lagi banyak)
cili merah 2biji**
kunyit hidup 2biji**
asam keping 2biji
bawang besar labu**
jintan manis 1cubit(jangan banyak sangat)
santan pekat 1mangkuk
serai 2batang*ketuk*
minyak masak 2sudu
garam
gula


cara -cara

1.basuh ketam.letak tepi.masukkan sedikit minyak kedalam periuk.
2.blender bahan yang bertanda ** sederhana lumat.
3.masukkan bahan yang diblender dan masukkan juga asam keping,jintan manis dan serai yang diketuk ke dalam periuk ,bukak api perlahan.
4..tunggu sehingga mendidih.masukkan ketam.
5.kemudian,masukkan santan pekat tadi ke dalam periuk.kalau nak lagi cair,tambah sikit lagi santan.
6.kacau pelahan lahan,jangan bagi pecah minyak.masuk garam dengan gula dan tunggu mendidih dan tutup api.makesure ketam masak.


settle!

p/s :: nak lagi kuning tambah serbuk kunyit lebih sikit,nie guna kunyit hidup,xberapa nak kuning ssangat tapi dah cukup pedas wooh!



1 comment:

HoneyDear said...

woh, bole try ni..ketam ada dalam peti es, baru beli semalam =P

Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016