resepi :: moi sup utara.

assalamualaikum.. hye peeps.

moi sup utara.


bahan -bahan

1gelas beras
2ketul isi ayam *potong ikut suka*
3ulas bawang merah*kisar*
6ekor ikan bilis*kisar*
2ulas bawang putih*kisar*
1batang baby corn*potong kecil*
2batang kacang buncis*potong kecil*
2mangkuk besar air
1sudu minyak masak
4beradik bahan sup.
setengah sudu halba.
7biji lada hitam
garam
gula



cara -cara 

1. tumis bahan kisar hingga wangi dan masukkan sedikit air.

2.masukkan isi ayam yang dah dipotong dan tambah sedikit lagi air.masukkan beras dan masukkan air sehingga menutupi beras.

3.tunggu sehingga mendidih,dan jika air kurang,tambah air lagi.

4.masukkan 4beradik,halba dan lada hitam

5.pastikan air sentiasa ditambah jika air berkurang.masukkan garam,gula dan sayur yang telah dipotong.

6.tunggu sehingga mendidih dan tutup api.


p/s ::

1. pastikan nasi menjadi lembik.

2.pastikan terdapat sedikit sup yang lebih,jangan terlalu kering.

3.perasakan moi mengikut kesukaan.